limau masam dan cikgu disiplin

hip hip hurey…aku nak kena pergi penang ini hari. yang tak bestnya, aku kena drive dari kl sampai penang. adik beradik aku walaupun dah belajar bawak kereta tapi semuanya tak reti nak drive lagi. aku dah le mengantuk. time CNY haritu, aku dapat satu kotak limau. keseluruhan limau2 tu ok la, kecuali ada satu dua yang masam. pastu terkena kat aku pulak yang masam tu. tak pe lah. semalam group aku kena panggil dengan course tutor atau dengan kata lain, cikgu disiplin. bebudak group aku la bengong, kelas ada tapi duk ponteng-ponteng. lecturer pun dah naik bengang, terus sound course tutor. apa lagi, kena basuh la dekat sejam kat conference room. pening gak kepala aku. time course tutor tanya soalan, jawapan bebudak kasi semua yang bengon-bengong. aku punyele pikir nak cari jawapan yang canggih agar tak dapat dicounter balik dengan course tutor, akhirnya aku dapat satu ayat. “nak dapat waktu yang compatible dengan masa saya”. ha ha ha…terus jadi ‘template’ ayat aku. takpelah. tapi kalau nak diikutkan, bebudak group aku dengan aku-aku sekali memang patut kena basuh kat conference room haritu. dah seekor-sekor cam haram jadah je, datang tak datang kelas. siapa tak bengang. time aku jadi lecturer sementara dulu, aku pun bengang kalau budak tak datang kelas. kalau henset berbunyi dalam kelas pun aku bengang gak. basicly, bebudak ni nak kena suluh dulu baru nampak jalan. tak mau cari lampu suluh sendiri.

masuk cerita lain, aku sebenarnya kesian gak kat orel selama ni. dia beli domain mahal-mahal dengan aku dengan harapan dapat webhosting yang ok. dulu dia join server aku, tapi server tu pulak si sundal yang maintain cam haram, terus hancur server tuh. pastu dia pun guna geocities. sekarang aku baru je setup webserver yang baru. so far, semuanya nampak ok, canggih dan mantap. webmail pun dah setup sekali. so, aku pun kasi le dia space sikit kat aku punye webserver. aku host la website dia tuh. saja tolong2 member. kalau bukan sekarang, bile lagi? but anyway, untuk bebudak lain yang duduk bawah hosting aku nih, jangan lupa iklan-iklan di website anda. kang aku libas kepala sorang-sorang karang…ahaks! gua calo dulu bai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *