korban

aku balik kampung kat penang ni tanpa disedari yang aku ada assignment yang banyak nak mampus tapi belum siap lagi. mungkin ini korban. ahehe. aku dah bawak buku dan kertas-kertas yang perlu masa balik kampung ni, tapi tak cukup. last-last separuh jalan je aku buat kerja kat sini. raya korban kat penang ni kire ok lah. kalau pergi sembahyang raya kat masjid bayan baru ni, memang dah macam pergi fashion show. gadis-gadis kilang kat sini, especially warga indonedia dressing nak pergi sembahyang raya, pehh…memang menangis la kalau model betul tengok. kalah abis. macam-macam fashion ada. ada yang belah tang tu, ada yang belah tang ni. macam-macam le lagi. habis le orang-orang tempatan. tapi…kalau nak bising-bising, kadang-kadang tak patut juga. walau seglamer-glamer pun pakaian diorang ni, diorang datang le jugak sembahyang raya. kalau nak ikut anak melayu yang lain, especially perempuan yang dalam lingkungan umur 16-22, tak banyak pun aku tengok. mungkin semuanya tengah tido lagi ataupun lebih prefer duduk kat rumah tengok tv. ada jugak bebudak remaja lelaki yang tak pergi sembahyang raya pun. kalau sembahyang fardhu pun masih tertinggal-tinggal, takkan le sembahyang yang satu tahun sekali ni pun tak mau pergi.

anyways, kalau aku pergi penang ni, aku memang nak pergi bukit ferringhi. nak beli dvd. ehehe…kekadang kalau aku tak pergi sana, aku pergi beli dvd kat bukit mertajam. collection dia banyak lagi dari kl. cerita-cerita lama pun ada. boleh buat collection. aku nak kena balik kl hari ni. esok kelas dah bermula. aku tengah bersiap sedia nak kasi my ass kicked by lecturer. aku tak datang kelas tambahan hari jumaat aritu. well, apa boleh buat. family matters…ehehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *