mata putih

cakap melayu sket.

ahh…akhirnya mata aku dah baik. gile ko, dekat sebulan kong. dah 4 kali aku turun naik spital. masa first time pegi, doktor kasik ubat basic. jadi dia punya kick tak tinggi. bila jumpa specialist, dia kasi ubat yang pawer. ada uumph, baru ble bla. tapi bill dia pun memang uumph gak le. doktor kate kornea aku luka. huh, wtf? dia kata takpe, bleh baik. ubat titis yang dia kasi aku takde hal. cuma ubat sapu aje. aku kene sapu kat mata. ye, sapu dengan tangan kat mata. ah…gelinye.

jadi, apa yang aku buat sambil sakit mata ni? takde apa pun. duduk rumah rilek-rilek. nak tengok monitor notebook ni pun malas. takut mata sakit lagi. sambil nak tunggu baik ni, memang aku menangis setiap hari. mata pun terasa cam nak tercabut. ah, dah nasib badan. bila nak keluar, aku kene pakai cermin mata hitam (nampak macho?), kalau tak mata sakit. aku memang dah tak peduli apa orang nak cakap time aku pakai cermin mata hitam. kang, aku infect mata diorang baru diorang taw.

pelik juga time sakit mata ni jugakle aku selalu makan kat luar. tempatnye sama je tiap hari. tokey kedai pun dah bosan kut tengok. bukannye takde nasik kat rumah tapi terasa macam nak makan kat luar. mengamuk akak aku bile aku balik tak makan dia masak. untuk mengambil hati, bile tengah malam terasa lapar, aku sapu kasi habis semua lauk. kalau tinggal kang, ‘cik ti’ datang korek tudung saji. mau aje aku kasi penampor.

dalam minggu ni, aku ada sedikit konflik (bukan cornflakes ok?) dengan seseorang. dulu aku rapat dengan dia. tapi alkisah satu hari tu dia kata kat aku, sekarang tak boleh rapat dengan dia dah. sebab? takut orang lain buat cerita pasal kami berdua. hek eleh, apa dia ingat dia siti nurhaliza ke? perasan femes konon. sekarang ni, bila dia sms aku secara constant sebab nak mintak tolong, aku buat bodo je. sebab apa? sebab aku dah meluat dengan dia nih. dan-dan time-time gini nak cari aku. poodah cit. ingat welfare ke?

ok ah. sok aku nak gi menoreh. jumpe lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *