Eid ul-Adha
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Apakah yang telah anda korbankan hari ini?
Btw, enjoy your holidays.
diam ubi
watsup. yep, takde update, aku tahu. tapi nak buat camne? aku busy gile. sekarang ni aku ada 3 projek yang perlu disiapkan dalam masa terdekat. kiranya bawah mata aku ni dah hitam dah. takpe, nanti aku cari krim fair and lovely. "sesuai tak?". lol.
dua minggu lepas aku buat kerja gila sikit. aku pergi port dickson. sorang-sorang. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku dah bosan nak mampos duk kat bandar ni. ataupun aku nak rehatkan jiwa. ha ha ha...gile jiwang. tapi takpe, janji aku enjoy.
dalam minggu-minggu terdekat ni jugak, aku ada kenal beberapa orang yang menarik. cerita dia ada tapi aku tak tulis kat sini. aku mengarang kat blog aku yang satu lagi. sebab nature blog tu 18PL, aku tak publish le address dia kat sini. nak tahu, google sampai dapat. yahuu!
bosan gak ni sebab line slow nak mampos. mengikut berita, international fibre optic line rosak sebab gempa bumi kat taiwan. 2 minggu nak tunggu dia elok, ok? lama tu, nak torrent pun dah pening kepala ni. tmfak cam biasa la, utamakan customer yang bayar duit 'banyak'. okeh la bebeh-bebeh sekalian. nanti gua update lagi.
cinta

sapa dah tengok cerita ni angkat tangan!
ah ye, aku dah angkat pun tadi. tapi sekarang kene turunkan balik sebab nak menaip. pada mulanya aku tak nak pun tengok cerita macam ni. cerita melayu yang last sekali aku tengok buli balik 2. kalau tak silap aku lah. bukanlah nak kata kerek gile tak tengok cerita melayu kat panggung tapi korang faham-faham sendirilah.
kalau ikutkan, masa aku keluar pergi mid valley hari tuh, tak rancang nak tengok wayang. tapi tiba-tiba bertukar rancangan. last minute lah kiranya ni. nasib baik aku punye kabel kuat, dapat seat baik punye kat gsc mid valley tuh sebab memang full house lah. nak pulak hari tu hari ahad. gile sehh...
macamana cerita nih? bagi aku ok lah. 3.5/5. satu peningkatan yang bagus untuk industri perfileman kat negara kita nih. kalau nak layankan cerita dari 'prof.', sampai bila-bila asyik duk takat tu aje. ada sesetengah kawan aku menangis tengok cerita ni. aku? takde la menangis mengalir air mata, tapi sedih tu ada la. kang aku kata takde rasa apa-apa, dah macam takde perasaan pulak nanti.
aku tak nak buat review sebab dah berjuta review kat internet ni. baik dari yang professional, yang tak professional dan juga yang berlagak professional. nak tahu kalu, cari kat internet. nak tahu lagi lanjut, tengok sendiri. ha ha ha...
aku tengok dengan sapa? adela...he he he...
pantun jepun
aku curik dari blog orang. layankan.
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm…camne rasa
membazir tak masa?
buying
pekabo? mung semuo buek apo hari ni? duk umah tido ajo ko? kawe mulonya nak tido dah tapi teringak hari ni ada pc fair. last day pulak tuh. biasanyo kawe dok pegi pc fair ni kalau takde ghapo nok beli. malah ah berhimpit-himpit macam sadin. tapi tahun ni ado baghe nok beli. banyaknyo oghe tuo kawe yang punyo lah, antaranyo pcmcia wireless card. kawe pun boring jugok. kawe angkut printer, scanner denga pen drive. rayo sakan ah.
ingakkan nok ke sano naik kete tapi jam sangak. kawe ajok member teman naik moto. ligan ke sano, kawe teghus pegi usha printer. pahtu, baru duk beli barang-barang. kawe angkut pen drive dulu pahtu printer dan scanner. last sekali baru dok ambik wireless card tuh. gile berat printer ni weh. macam angkat berat kat sukan asia tuh. dah loh berato nak ambik free gift lama gila. pakcik berato belakang kawe ni siap duk mengamuk denga organizer pasal beratur lama sangak. kawe dok kesah. dah penat nak bising-bising.
kawe ado gak ternampak dvd-ram denga lcd screen. tangan kawe gatal nak beli doh tapi kawe pikir punya pikir, lek dulu ah. kawe tengah kumpul duit nak beli dslr. dah dapek bargain haritu kamera canon eos d30. sabar tu baguih duk ado. abih kat situ, kawe anta barang balik rumoh pahtu terus ke rumah member. dio nak format laptop. sampai kul 4 baru abih keje. penat weh.
ok ah. kawe tido dulu.
culture

watsup.
hari ni gua bangun lambat. iyelah, takde apa nak buat. rilek sepanjang hari. malamnya ada orang ajak pergi tengok muzikal pi mai pi mai tang tu. mulanya malas nak pergi tapi mengenangkan aku nak dapat sedikit culture, aku turun istana budaya tengok teater nih. erm...boleh tahan la. lawak memang lawak. overall aku kasi 7/10. esok last day. sapa nak layan, pegi la tengok. tak sempat pulak aku nak bergambar dengan dato' jins tadi.





