cinta

sapa dah tengok cerita ni angkat tangan!

ah ye, aku dah angkat pun tadi. tapi sekarang kene turunkan balik sebab nak menaip. pada mulanya aku tak nak pun tengok cerita macam ni. cerita melayu yang last sekali aku tengok buli balik 2. kalau tak silap aku lah. bukanlah nak kata kerek gile tak tengok cerita melayu kat panggung tapi korang faham-faham sendirilah.

kalau ikutkan, masa aku keluar pergi mid valley hari tuh, tak rancang nak tengok wayang. tapi tiba-tiba bertukar rancangan. last minute lah kiranya ni. nasib baik aku punye kabel kuat, dapat seat baik punye kat gsc mid valley tuh sebab memang full house lah. nak pulak hari tu hari ahad. gile sehh…

macamana cerita nih? bagi aku ok lah. 3.5/5. satu peningkatan yang bagus untuk industri perfileman kat negara kita nih. kalau nak layankan cerita dari ‘prof.’, sampai bila-bila asyik duk takat tu aje. ada sesetengah kawan aku menangis tengok cerita ni. aku? takde la menangis mengalir air mata, tapi sedih tu ada la. kang aku kata takde rasa apa-apa, dah macam takde perasaan pulak nanti.

aku tak nak buat review sebab dah berjuta review kat internet ni. baik dari yang professional, yang tak professional dan juga yang berlagak professional. nak tahu kalu, cari kat internet. nak tahu lagi lanjut, tengok sendiri. ha ha ha…

aku tengok dengan sapa? adela…he he he…

2 thoughts on “cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *