beratur panjang

hmm…aku rasa dah pernah kut emo pasal beratur panjang kat mesin atm. kenapa perlu orang spend time lama-lama kat mesin atm tuh? masuk kad, masuk pin, masukkan nilai wang, ambik kad, ambik duit, ambik resit dan blah. ini sampai 20 minit. gile ke? kalau tambah check baki kat proses tu pun tak lama sampai 20 minit. hish.

waktu sekarang ialah cuti sekolah. jadi aku nak keluar lunch atau balik awal pun kekadang malas. malas nak turun berhimpit kat klcc tuh. waktu lunch, aku lebih prefer bungkus bawak balik. senang cerita, tak banyak songeh cari seat.

kalau korang merupakan seorang saintis. pastu tinggal sorang-sorang kat satu negeri dan tak boleh jalan waktu malam sebab ada benda akan makan korang. benda yang disebabkan oleh satu virus. apa korang nak buat? well, cari vaksin la untuk sembuhkan penyakit tuh.

ada sorang doktor ni, nama dia robert neville. dia satu-satunya manusia yang tinggal kat bandaraya new york. orang lain semua sama ada dah pindah, mati atau jadi zombi disebabkan satu virus yang tak sengaja dicipta oleh sorang doktor lain untuk sembuhkan kanser. bodoh sungguh doktor itu.

jadi si neville tu lepak le dengan anjing dia kat new york tuh sambil dia mencari ubat untuk sembuhkan penyakit zombi tuh. kesian gak le mamat ni. kena hunting untuk cari makanan pastu anjing dia mati pulak sebab kena virus. ish ish. dia terjumpa adik beradik yang nak bawak dia pergi perkampungan manusia yang selamat.

tapi akhirnya neville ni mati sebab meletupkan diri dengan zombi-zombi yang serang dia sebab nak pertahankan anti-virus yang dia jumpa. akhirnya adik beradik tu sampai kat perkampungan manusia yang selamat dan bagi anti virus tu kat sana. dah, sekian jalan cerita i am legend. kesimpulannya, hero mati kat akhir jalan cerita. keh keh kehhhh…

One thought on “beratur panjang

  1. Hohoho.. aku selalu usik kwn n orang yang kat depan aku masa beratur di ATM.. aku cakap mereka yang selalu taking their time tuh pasal chatting dulu.. tanya ASL kat ATM tuh.. tanya dah makan ke belum.. ekekeke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *