kebetulan

ah…weekend dah habis. sungguh tidak best. walaupun minggu ni aku cuti panjang, ia tetap tak cukup. heh heh. anyways, memang berproduktif jugak le hujung minggu aku nih. banyak benda aku dah setelkan. servis kereta lah, ape lah.

anyways, ada satu benda nak sharing. aku rasa, kali ni dah 5 kali. mana-mana aku pergi, mesti terjumpa. odd places pulak tu. tempat yang aku tak sangka ada, tapi memang ada. apa kejadah yang aku cakap ni? linda onn dengan sapa nama boifren dia tu? huh tak popular langsung boifren dia tuh.

seryes. mana-mana aku pergi jalan dengan teman, mesti terjumpa minah ni. dah naik bosan aku. terkini masa aku nak pasang tinted cermin kereta aku kat bandar ampang. kedai biasa aku. sambil aku duk borak-borak dengan mamat sales kedai aksesori kereta tu, aku terperasan ada sorang minah ni duk dalam kete mesdis, duk bermanja-manja dengan boifren dia kat seat belakang kut disambil melihat perkerja memasang tinted kat cermin kereta mesdis tuh.

bila dia keluar dari kete, aku tepuk dahi. pekkk. ah, memang betul sangkaan aku. linda onn dengan boifren dia tuh. mamat sales tu tanya aku, “itu sapa? dj radio eh?”. aku angguk-angguk aje la kepala. lalu berjalan pergi ke kerata aku sambil menggeleng-gelengkan kepala. plis jangan stalking ai ok. tak larat tau. ha ha ha…dah sekian terima kasih.

3 thoughts on “kebetulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *