sengal sendi

wuh. sakit badan. ya, sakit badan. semalam aku buat workout secara ekstrim kat gym yang menyebabkan badan aku sakit gile. tapi takpe, dah itu yang aku cari, itu lah yang aku dapat. dah hampir sebulan aku turun naik gym. perubahan? entahle, aku tak nampak lagi. itu nampak gayanya kena usaha, tunggu dan lihat. atau nak disimpulkan, sabar laaaa.

cuti sekolah dah hampir habis. semua sekolah, kolej, universiti dah nak bukak. jadi bermakna, akan kurangnya orang di klcc nanti. yess…bahagia. sungguh bahagia. kalau tak, nak lunch pun susah gila. beratur panjang, cari tempat duduk, budak-budak berlari sana-sini. ish, mak bapak ape ni anak-anak duk berlari kat eskeletor pun tak jaga. jatuh karang, padan muka.

citer pasal tu, semalam aku dinner kat mid valley. curry mee with bbq chicken and fried wanton dia memang marvellous walaupun aku ditegah makan bende tu. forbidden stuff memang sedap. oh, alkisah masa aku tengah beratur nak beli air, aku dengar kapel kat belakang ni, tengah tengok menu air sambil berborak. satu menu tulis, ‘bandung lime juice’. so, diorang decide nak order air tuh.

lepas aku bayar, aku dengar lah diorang nak order air tu kat cahsier. ‘bang, bandung lime juice satu’. aku tengah tahan mulut aku time ni. bila cashier tu bagitau, ‘itu air bandung atau lime juice sahaja kak’ aku dah takble tahan nak gelak. menu tu actually tulis ‘bandung’ line pertama dan ‘lime juice’ line kedua. harga sama, rm2. keh keh keh. walaupun tak baik gelakkan orang, tapi tak boleh tahan seh. yelahh, next time aku behave.

2 thoughts on “sengal sendi

  1. ohh hari tu pergi klcc mmg org melimpah2.
    pastu beratur nk ambik tiket wayang, couple yg beratur belakang ni bising2 bangga2 sbb org lain beratur pjg tp diorg xyah susah2 sbb da buat online booking. ye lah kalau first time buat online booking pun, xpayah la kasi tau satu dunia lolx. :lol:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *