Azfar-ism I am the villain of the story

31Dec/080

munajat cinta

http://www.youtube.com/watch?v=okhyAFWogkg

Filed under: Lyrics Continue reading
24Dec/080

t700 my love

yeah, it's t700

Filed under: Fun Continue reading
23Dec/081

apa-apa sajalah

hai semua. pekabar? he he he. isnin merupakan hari-hari yang bosan. nak bangun malas, nak buat kerja malas, nak bergerak malas. kiranya semuanya pun malas lah. last week agak busy sebab aku kena berjalan ke sana dan kesini. cuma yang tak ble bla, hari jumaat lah. lepas semayang jumaat, aku pergi la lunch kat satu kedai ni. makan nasik campur. balik ofis aje, kepala aku pening macam nak pecah. puas aku hentak kepala atas meja tak ok ok.

aku try makan penedol activfast, tak jadi apa-apa. tiba-tiba rasa nak muntah. pergi toilet aje, buweghhhh...habis keluar semua nasik dengan ayam yang aku makan time lunch tadi. baruuulah rasa lega. habis muntah, aku tido kejap barang 10 minit gitu. then, barulah ok. tiba-tiba aku terlupa yang aku ada migrain dan pagi tadi aku lupa sarapan. nais one azfar. jangan kene migrain dan gastrik sudahlah. kalau tak, memang syabas and good job.

currently rumah family aku kat sini tengah renovet. aku la yang kena duk tengok-tengok nih. well, wat tu du. sebulan lagi siaplah kut tuh. anyways, aku ternampak minuman yang seperti gambar diatas. beli dan kemudian minum. rasanya biasa saja. kandungan dia, apa-apa ajelah. jadi kalau aku minum ni dan orang tanya aku, "kau minum apa tu?". selamba aje aku jawab, "whatever".

ok, sekian terima kasih.

Filed under: Rants 1 Comment
17Dec/083

berjenis

heh. lama tak buat posting. bz maaaaaa. tengah planning sesuatu yang besar. keh keh...btw, baru balik jalan-jalan dengan saudara dari indonesia. doktor. jadi, memandangkan dia doktor, borak-borak la sikit pasal medicine. walaupun darah jenis ab itu penerima universal, tapi hakikatnya, dia boleh/patut terima darah dari jenis ab sahaja. kalau emergency baru boleh layan darah jenis lain. emm...jadi darah jenis ab ni 'the chosen one' lah kiranya. ha ha ha haaa....

haritu ada orang promote kat aku, downloadlah cerita bangkok dangerous tuh. aku download dan tengok. hoh, gila hampeh. tak best langsung. gagal nicholas cage. nudity pun tak banyak.

dah itu aje. sekian. he he he...

Filed under: Rants 3 Comments
20Nov/080

huru hara

pepagi lagi aku disibukkan kena pergi office client, setelkan sesuatu mengenai kontrak services. aku terpaksa stay kejap sebab ada issue nak kene setelkan. dah habis kat situ, kena pulak pergi kementerian kesenian, nak kena jumpa sorang mamat kat situ. memandangkan tempat tu dekat maju junction, lepas setel kerja, aku pergi jalan-jalan makan angin kat area situ kejap. pegi sogo, pegi pertama kompleks.

masa aku kat dalam pertama kompleks, adalah ternampak beberapa kedai jual kasut. teringin macam nak beli kasut baru aje. baju ada, henfon pun ada jugak. tapi time tu tak teringin nak beli benda tuh. tapi al-kisah, aku termasuk satu kedai nih. memula nak tanya-tanya harga saja. tapi sebab apek tu dah kurangkan dari 1000 sampai jadi 600, aku teruja. tak tahulah betul ke tidak, tapi...last-last aku ambik jugak. takpelah, nanti aku saving lah. keh keh kehhh...

sekarang ni, pantang nampak offer item lain, manjang nak bukak wallet aje. ciss...bahaya nih. btw, sekarang aku tengah nak try fesyen baru, yakni facial hair. aler, misai lah. ni semua sebab minggu lepas aku pergi rumah bonda kat kuantan, pastu pergi la minum kat kopitiam lalu ternampak gambar siti dengan datuk k. lalu aku membuat keputusan untuk membela porn star 'stache ala-ala datuk k. ha ha ha ha...mesti ada orang tak suka nanti...

Filed under: Rants No Comments
17Nov/080

berpusing

hemph, semalam baru balik dari rumah bonda di kuantan. agak penat le memandangkan aku yang bawak kereta. aku habiskan masa kat sana duk kemas-kemas rumah aje. rumput dah naik, nampak macam semak aje. jadi aku tolong-tolong potong rumput. malamnye cam biasa lah, lepak pantai. he he.

semenjak dua menjak ni, aku baru dapat tahu yang mungkin ada orang tengah emo dengan aku. ntah marah sebab apa aku pun tak tahu. aku ni simple aje. kalau ada tak terpuas hati ke, meh le cakap. janganla duk diam-diam. tak elok. pepehal aku memang tak simpan dalam hati. tapi, kalau tak puas hati dengan aku, pepehal deal dengan aku je. kalau dah nak masuk insult family aku sekali sebab tak puas hati dengan aku, tu aku simpan sampai mati. walaupun dah menyesal ke apa ke, aku maafkan tapi aku takkan ambik peduli lagi dengan orang macamtu sampai bila-bila.

okeh, tu je emo aku. hur hur hur.

Filed under: Rants No Comments
10Nov/083

panjat bumbung

minggu lepas aku jalan-jalan jalan pasar. alkisah haritu ada masa terluang, jadi aku pun kesana. nak cari arial tv untuk rumah. aku malas nak bergantung sepenuhnya kepada piring astro tuh. asal hujan aje, tv bergelap. atas bumbung ni memang dah ada arial tv lama, tapi zaman 80'an punye. oleh itu, bergeraklah aku kesana...

sampai aje situ, mata terus jadi terbeliak. fuh, semua benda aku nak sapu. biasalah, jalan pasar. electrical device heaven. aku ternampak 8 channel mixer harga rm400 aje. tu tak masuk set amplifier dan speaker lagi. fuh...gile ah ding dong. cadang nak beli lightning arrestor yang jenis kecik punye tapi tak jual pulak dah. so, aku beli arial tv yang canggih sikit. dia pakai design era baru. haha lol dengan beberapa barang elektronik.

kira punya kira, tak sempat pasang haritu jugak. jadi aku cadang nak pasang hari sabtu lepas. mula-mula ingat nak upah orang aje pasang sebab aku terasa malas pulak nak panjat memanjat nih. tapi, last-last aku ubah fikiran. aku pegi kedai hardware, cari wayar dan semua barang-barang yang berkaitan, pastu aku panjat bumbung rumah, pasang menatang arial tv tu sambil-sambil buat wiring sekali.

fuh...berjaya. clear lah kalau aku off astro dan guna arial tv. kesimpulannya disini, lelaki sejati pasang arial tv mereka sendiri. hahahahaha....sekian terima kasih.

Filed under: Rants 3 Comments
5Nov/084

etika

walaupun kena buat benda luar dari skop kerja, aku sabar ajelah banyak-banyak memandangkan assistant aku dah berhenti. nak cari replacement, tak dapat-dapat lagi. tahi. jadi, buatlah aku kerja-kerja product maintenance ni kat salah satu ofis di ibu kota. ada satu pc staff tuh, operating system corrupted, jadi kena rena retrieve data dalam tuh, buat backup.

tengah retrieve file-file tuh, aku ternampak satu file video yang ada aksi kurang senonoh antara staff empunya pc tu dengan staff lain dari ofis tu jugak. aku tak nak lah tekan butang play sebab tak manis dipandang orang dan memandangkan dah nampak apa yang ada dalam video tu menerusi screenshot.

entahlah. aku sentiasa jaga integriti aku sebagai seorang professional, walaupun bende yang aku buat tu bukan kerja aku atau termasuk dalam skop kerja ai. setiap kali kalau aku kena buat kerja data backup atau salvage, aku terus copy aje, buat tak tahu dengan content data sebab benda tu semua p&c. tapi...itulah. biasanya aku backup data atau benda-benda yang normal. bende gini tak pernah jumpa. entahlah nak cakap camne. aku ni pun bukannye baik sangat, mana tahu nanti tertekan butang play pulak.

aku tak pakai kopiah, jadi aku tak boleh nak cakap banyak-banyak. he he he...

Filed under: Rants 4 Comments
31Oct/081

rosak

entah. tetiba plak rasa nak post. emm...esok cuti. nak tido takde mood. jadi, aku bermain online game. layan gak. dah, itu aje.

Filed under: Rants 1 Comment
27Oct/083

basikal

hmm...dah lama aku planning nak pergi jalan-jalan naik basikal tapi tak kesampaian sebab asyik busy ajer. tiba-tiba, semalam aku ada sedikit masa terluang, dan memandangkan aku ada kerja sikit nak kena buat kat satu taman ni, aku ajak teman pergi jalan-jalan naik basikal kat taman tersebut. aku ingatkan ramai orang lepak situ tapi rupanya sikit aje. orang malaysia lebih suka lepak-lepak dan membuang masa kat shopping complex, jalan-jalan tengok-tengok. kalau tengok dan beli takpe la jugak. ni jalan tengok aje. tak best langsung.

so, rancang nak pergi pagi tapi sebab ada masalah timing, pegi petang. lepas pilih nak sewa basikal mana, terus kayuh nak pusing satu taman tu. well, agak ok gak la taman tu. aku ingat dah wear down sebab tak maintain ke, tapi to my suprise, masih ok. sambil-sambil jalan tu, kami singgah kat rumah musim. sekarang musim bunga. sejuk gak le. tapi...yang tak laratnya, banyak tempat yang best atas bukit. mau tercabut kepala lutut kayuh basikal. aku tahan kayuh 1/3 mendaki aje. pastu tolak basikal. fuh. habis basah baju aku.

so, itu ajela aktiviti aku hari ahad lepas. seronok? mesti la. selain taman tu, ada lagi tempat-tempat yang aku ingin pergi. tengoklah kalau ada masa lagi aku pergi.

Filed under: Rants 3 Comments
24Oct/081

bosan bosan

mehh jumaat...aku baru je habis cam whore kat sekeliling ofis aku ni. pegi section ni, ambik gambar. situ, ambik gambar. pastu keluar ke koridor bilik aku, ambik gambar berlatar belakang klcc. itu menggambarkan kebosanan aku hari ni. mungkin kejap lagi nak main game.

btw, haritu aku berjaya juga membeli benda yang aku tercari-cari selama ni. benda itu adalah...payung. tapi bukan sekadar payung. ia adalah 'the payung' atau aku lebih suka memanggilnya 'payung lelaki sejati'. ha ha ha...pernah nampak payung yang kalau digulung, dia nampak nipis dan boleh jadi tongkat tuh? haa...payung gitulah yang aku nak. punyelah bersusah payah cari kat butik-butik di pavillion, klcc tak jumpa-jumpa. nasib baik ternampak kat sungai wang.

dah habis dengan hal payung, aku pun berjalan ke lowyat, nak beli something. disebabkan hujan, dapatlah aku bergaya dengan payung lelaki sejati tuh. fuh...memang sejati habis ahhh. masuk dalam bangunan, gulung payung pastu jalan. heh heh. tapi, time nak bayar tu, ada la sorang mat saleh ni duk tanya minah kaunter tu pasal satu barang ni:

mat saleh: do you have extra hard?
kaunter: what?
mat saleh: sorry, external hard.
kaunter: huh? do you mean external hard disk?
mat saleh: ya ya, external hard disk

aku tergelak. nasib baik tak guling-guling atas lantai. okeh, itu aje nak tulis.

Filed under: Rants 1 Comment
21Oct/080

borak borak

habis aje kerja, aku ingat nak balik awal. tapi bila tengok kat luar tingkap pejabat, dengan hujan, dengan jam, aku terus takde mood. nak lepak ofis, semua member-member dah balik. jadi, aku duduk kejap habiskan air aku sambil main-main internet.

bila dah lapar, mesti pergi makan. jadi aku turun food court klcc dan ternampak mcd. tengah makan tuh, pempuan kat meja sebelah aku borak pasal politik kut. mak ai, kuat gila. mencarut sana sini. kimak lah, pundek lah. menarik sungguh character ini. jadi aku dengar-dengar le politik mende yang minah ni cakap memandangkan aku takde benda nak buat selain makan burger.

ohh...citer pasal pemilihan umno. duk mengutuk orang itu dan ini, pasal bayar duit lah apa lah. hmm...minah ni sedih ke takde siapa pilih dia masuk bertanding? nampak gaya macam gitu aje. sambil-sambil dia cakap pasal politik tu, ada satu benda yang dia silap cakap. member dia duk angguk aje. aku nak betulkan tapi, uh...makan fries shake mcd ni lagi sedap.

all in all, aku tak kisah nak borak pasal hape pun tapi suara tu rilek-rilek lah. nak menjerit-jerit buat ape, dengan mencarutnye. cakap macam biasa pun orang dah dengar. food court klcc tu takdelah bising mana especially waktu makan malam. orang tak ramai.

ok, dah itu aje nak komen. baru dapat duit claim, nak pegi enjoy. he he he.

Filed under: Rants No Comments
Pages (6):123456