Monthly Archives: February 2008

kosong peratus

brr…bangun pagi tadi aku tengok level bateri henfon. 5%? ahh…cukup ni, nanti sampai opis boleh charge. lalu aku pun dengan selambanya mendengar lagu dihandphone sambil bersuka ria. bila jejak aje kaki kat pintu masuk, bateri terus kong. ahh…takpa takpa. boleh charge. tapi bila aku cucuk henfon tu kat laptop, dia tak jalan. baru aku teringat yang aku off usb charging feature kat software, lupa nak on balik. ah, jem. henfon tak boleh hidup dan tak boleh charge.

aku tengok dalam list ym, scroll-scroll sapa yang paling dekat dengan aku dan mempunyai henset yang sama jenis. jumpa satu mangsa, aku tanya ada charger tak. ada, tapi charge kereta. kena pergi kereta dia kat parking untuk charge. ah, layankan aje, janji aku boleh on kejap phone aku, pastu set balik usb charging feature ni jadi on. nasib baik la tak jauh sangat jalan kaki.

ada sorang agen secret servis amerika nih…ahh, malas cerita. akhirnya president amerika dapat diselamatkan oleh seorang super agent, orang yang cuba menculik presiden mati terbunuh, seorang budak dapat diselamatkan daripada kena langgar dengan ambulans dan ramai yang mati. itu dia jalan cerita vantage point. gile citer nih, berulang-ulang tapi dari persepsi yang berbeza.

sekian.

didalam

semenjak dua aku ada pc apple nih, dah tak nak pandang pc windows dahh…gile kerek nak mampos. he he. takde la seronok mana. bagi aku, ok lah kalau setakat nak surfing, berchatting. tapi kalau nak main game, aku prefer pc windows.

anyways, hal kereta aku dah setel. sekarang cuma nak pegi mengecat aje. setel yang itu, memang lawa la nanti. berkilat gila-gila punya. lama aku tak mengepos pun sebab nak menyetelkan benda-benda tu lah. sakit hati tu memanglah. tapi, apa boleh buat…dah nasib badan. sabar aje lah.

aku actually nak cakap pasal hati dan perasaan. pasal ego dan emo. tapi malas pulak aku rasa. takde mood rasanya nak emo kat sini. alangkah bestnya kalau esok aku dapat mencutikan diri sendiri. boleh pergi tengok wayang…

bengkok

aku tengah tensen ni. bumper kemik. pasal apa? ada budak moto duk langgar pastu lari. aku dah hampir nak dapat kejar tadi tapi sebab mid valley jam. kalau tak, aku langgar aje dengan kereta aku. mati atau tak, itu belakang cerita. janji hati puas.

anyways, sorang budak ni ada satu kebolehan teleport ke mana-mana tempat yang dia nak atau digelar jumper. dia gunakan kebolehan untuk merompak bank dan kemudian kantoi dengan pergerakan rahsia yang dipanggil paladin yang nak bunuh dia. pastu ada sorang lagi mamat yang boleh teleport datang tolong dan misi mamat ni nak bunuh paladin sebanyak mungkin.

gelfren budak tu kena kidnap dengan paladin, dia selamatkan pastu jumpa mak dia yang juga seorang paladin. mak dia tak sanggup nak bunuh dia. dah, tu je jalan cerita jumper. tengok la kat wayang nanti yek. jangan toren lagi sebab gambar tak lawa. keh keh. aku predict, ada sekuel. sekian, terima kasih.

Continue reading

berpusing

semalam aku cuti. yeh yeh. best betul bangun lambat. tapi, aku cuti sebab ada banyak hal nak setelkan terutama sekali hal kereta aku. nasib baik la dah selamat hantar ke workshop. sekarang ni cuma nak kira berapa duit nak kena keluar aje nanti. adehh…so, sementara ni, aku terpaksa bawak kereta besar. parah jugak le aku duk membayar minyak sebab semalam habis satu KL aku pusing. malas keluar enjoy ah camni.

aku singgah bank tadi sebab nak tanya sikit pasal investment. kalau ok, aku nak terai la invest something. pegi front desk dulu, bertanya. dia try nak buat lawak dengan aku. tapi masalahnye tak kelakar langsung. minimum investment 10,000? aku senyum aje la. mungkin dia ingat aku baru belasan tahun. iyelah, awet muda. hik hik. tapi in the end, aku buat jugak investment tu sebab memang nampak ok. takpa, untuk masa depan bak kata orang-orang tua. hi hi.

lepas kat bank tu, mengulat sekejap pegi kedai cermin mata. terasa nak buat cermin mata baru since yang lama punye dah nak patah sebab terduduk. aduhai. lama gak aku mengulat. lagipun takde apa yang nak dibuat kat opis. orang pun belum balik dari cuti raya. ada la 3 orang je kat dalam opis ni. seronok tengok youtube kalau line laju nih. keh keh.

btw, tu lunch aku. best tak? malas nak makan kat klcc tu. ramai sangat orang. bencik ai. keh keh keh…

mau mati

aku pergi ikea semalam. buat apa? boros belanja. yeah, itulah aku. tapi seboros-boros aku, masih lagi aku beringat dan bersimpan-simpan sedikit. tapi, aku kesana pun sebab nak beli perabut sikit. satu harit tuh, aku bangun tido dan aku rasa bosan dengan keadaan sekeliling. nak kasi alter sesuatu kat dalam rumah aku. heh.

anyway, pada satu hari yang tenang, aku dalam perjalanan balik ke rumah. tengah aku drive nak tukar gear, aku terdengar bunyi macam benda putus. aku cuba nak tukar gear tak boleh, sangkut. ah sudahh…mampus la aku kali ni. tak clutch plate, clutch cable. shaiton sungguh. tersadai la kereta aku kat tepi jalan tuh. nasib baik tersadai dekat dengan area rumah aku.

tapi yang bestnya, kereta tu berhenti betul-betul dekat pintu masuk ke tanah perkuburan. memang best. nanti aku ambik gambar. okeh, tata.

seberang laut

minggu lepas i sakit. sakit sangat. sakit apa? sakit jiwa. i terasa sangat depress. down gila. jadi i pilih untuk balik ke rumah mak bapak i kat penang. at least, tenang sikit jiwa i kat sana. macam biasa kalau kat sini, mesti makan sahaja kerja i. makan kat luar lah. pagi telan nasik lemak. brunch makan roti telur. lunch sapu nasi briyani dan murtabak. petang layan cendol dengan pisang goreng dan rojak. malam makan char kuay tiow, cucur udang dengan nasi kandar. supper layan sup daging dengan roti dan telur separuh masak. fuh…gile ah.

tapi penang memang camtu lah. memang heaven lah kalau nak makan. nak pulak ayah i bawak pergi makan sup kat depan hotel malaysia tuh. layan…jangan tak layan. tak banyak berubah. ada la nampak pembangunan sikit kat sunshine square tuh. lain-lain masih sama. dvd mesti beli punye. satu beg plastik penuh. nasib baik sempat beli sebelum kdnhep datang raid. ha ha ha. masa balik kali ni, i ajak mak dengan bapak i cari rumah kat penang. i ingat nak beli apartment atau kondo lah kat penang. nak tengok apa cer kalau-kalau satu hari nanti i nak kerja penang pulak ke.

anyways, i masih sakit, tapi kurang lah sikit. tengok esok camne pulak ceritanya. tata, nak tido dulu!