overratid

Rants1 Comment

bangun pagi harini, aku terasa macam jiwa kacau sikit. mungkin sebab masalah semalam. jadi, untuk lupakan sementara, pagi-pagi lagi aku terus bersiap pergi sarapan kat sungei wang dan jalan-jalan kat pavilion. nak beli baju kerja baru atau suit. tengah jalan, aku teringin nak tengok early show. jadi aku pergi beli tiket wayang cerita wanted. well, cerita tu agak ok. cam biasa, penuh dengan aksi dan adrenalin. adaptasi komik. well, aku tengok sebab ada angelina jolie. haha, lol.

btw, cam biasa spoiler aku, wesley dicari oleh persatuan pembunuh upahan bernama fraternity dan diberitahu pasal ayah dia kena bunuh oleh cross. lepas training dan belajar cara tembak peluru curve, dia jumpa cross, terbunuh cross dan diberitahu yang cross tu lah ayah dia. persatuan fraternity tu tipu dia. dia pergi hq, bunuh semua orang. bila kena kepung, ahli persatuan bernama fox sedar akan penipuan, tembak peluru curve tembus semua kepala ahli termasuk kepala dia.

wesley cari ketua yang bernama sloan, tembak dia dari jarak jauh. akhir sekali, semua mati. haha. lol. gi baca wikipedia kalau nak tahu lagi banyak. aku suka quote akhir dia.

“what the fuck have you done lately?”


kepelikan

Rants1 Comment

hay watsup. lama tak menulis. rasa janggal pulep. ni tengah curik resources client, taip blog. ha ha ha…tapi peduli apa aku. bz? memang le. buat masa sekarang ni banyak benar work load aku. kena berjalan-jalan ke site client memanjang. aku tengah tunggu nak cari satu lagi asistant, baru aku boleh konsentret kat kerja aku yang lain. tak perlu aku pergi buat support. lol.

btw, sabtu lepas aku pergi kedai aksesori kereta. yaa…pergi berbelanja menghabiskan gaji. ada la buat modifikasi sikit. tapi, time tengah menunggu tu, adalah satu benda nak tergelak. sorang mamat ni pasang alarm kereta yang ada bunyi suara orang tu. tapi, masalahnya bila lock kereta, suara tu sebut, “all system is activity”. lol wtf? patut check english alarm kereta tu dulu sebelum beli. takde la bunyi pelik aje nanti.

dah, itu aje. byep!


lelaki hijau

RantsNo Comments

hai, nak update sikit. semalam gua pergi tengok the incredible hulk. amacam cerita? biasa sajalah. jalan cerita lain dari hulk yang ang lee buat tu. mamat bruce banner terkena radiasi, lalu bertukar menjadi the hulk. larikan diri ke brazil untuk elak dari ditangkap kerajaan usa. balik apabila terkantoi dan jumpa balik dengan awek lama. selamatkan awek lama dari orang jahat, bla bla bla, akhirnya orang jahat kalah. tapi yang kelakarnya, kat ending cerita, ada tony stark. haha…lol.

sekian, terima kasih.


tidak ada

RantsNo Comments

hai rerakan. sori lama tak apdet. bz lah, serious. hehe. baru balik bercuti ni. nantilah akan diupdet disini. jumpa lagi ok! -_-



Some rights reserved © 1997-2010 azfar.my | 21 queries | 1.763 seconds | terms of use