heart broken

Rants3 Comments

kadangkala dalam hidup, kita pasti akan disalahkan atas sesuatu yang bukan kita lakukan. ada kalanya juga, ketidakadilan pasti akan datang menjelma. tapi, apa boleh buat kan? pagi ahad semalam, bila aku bangun tido aje, hati aku betul-betul rasa sedih. sedih yang amat. punyalah jaga betul-betul tapi akhirnya, habis.

aku naik minyak bila tengok bumper kereta aku bercalar. ni celaka mana punya kerja ni? seingat aku, lepas basuh kereta, aku terus tak keluar pergi mana-mana. akhirnya jadi macam ni. aku nak salahkan orang sebelah rumah sebab rumah diorang buat construction. mesti ada yang sial terlanggar kereta aku. tapi apakan daya. takde mata yang melihat.

nak touch-up, duit lagi kan. dah la baru aje cat satu body kereta dua bulan lepas. aduhai. nak bekerja harini pun takde mood. tengoklah camne.


takde keje

Rants1 Comment

adalah satu hari tuh, aku pergi kerja. tapi, sebab takde keje banyak since aku baru saja selesai 2 projek besar, aku duduklah kat meja aku, main-main internet. lepastu aku ternampak satu website origami ni. jadi, aku dengan selamba print origami tuh, potong, dan main lekat-lekat. jadilah bentuk kucing macam diatas ni. lol. betapa bosannya bila takde keje. tapi, kalau time bz tuh…fuh, tak menang tangan. sampai demam-demam buat kerja.

teringat satu hari nih. aku baru je balik kerja. sebab penat nak memasak, jadi aku pergi makan kat luar. dah habis makan semua, bila nak bayar baru aku perasan duit aku semua dalam poket baju kerja. dalam wallet takde duit. habuk aje yang ada. gile gelabah aku time tuh. nasib baik ada orang kat rumah tolong hantar duit aku dalam baju tuh kalau tak, basuh pinggan le aku hari tuh. he he he…

currently, hidung aku tersumbat nih. baru aje tambah lagi sekor kucing kat dalam rumah ni. sekor nama chemong, sekor lagi kira. huh, mampos aku nak vakum bulu kucing tetiap hari.


kelawar

RantsNo Comments

aku terasa macam kena post benda ni.

betmen kembali di bandar gotham. rachel bercinta dengan DA bernama harvey dent. joker muncul membuat perjanjian dengan gengster untuk membunuh betmen. berjaya membunuh awek betmen, iaitu rachel dan menjadikan muka harvey dent terbakar separuh dan menjadi two-face. akhirnya joker ditangkap, two-face mati terjatuh semasa menculik famili commissioner gordon (naik pangkat sebab boss dia mati kene bunuh) dan betmen suruh polis buru dia. anyways, ni quote harvey dent:

“you either die a hero or you live long enough to see yourself become the villain”

dah, tu je. selamat menonton. he he he…


terlupa

Rants1 Comment

oh hay. lama tak post? ye, betul. ha ha ha. gua punye website ni down satu hari sebab tengah masuk proses migration server. tukar ke tempat yang lebih laju. iye? betul? btw, takde idea nih, jadi aku nak kasi 2 cerita.

hancock, angel yang hilang ingatan yang tak beretika diubah gaya hidup oleh seorang PR dimana isteri PR tu pasangan hancock pada masa dahulu. ye, hancock dan isteri PR tu angel dan boleh hidup lama. tapi kalau diorang bersama, diorang jadi manusia. takde power.

get smart. cerita spy yang simple. agen 23, dengan jahatnya bunuh semua agen dan kemudian berpura-pura baik dengan maxwell smart dan agen 99. rancangan agen 23 nak bunuh presiden amerika. akhirnya gagal kerana diselamatkan oleh maxwell smart.

dah, itu aje spoiler. nak tido dulu. he he he.



Some rights reserved © 1997-2010 azfar.my | 21 queries | 2.441 seconds | terms of use