merdeka 51

Rants3 Comments

ha’ah. merdeka. selamat merdeka 51. selamat cuti. selamat berpuasa.

jom membuang duit dan masa melepak dimalam merdeka.


siasat

Rants1 Comment

pernah tengok tv? kalau pernah, mesti pernah tengok csi. aku, well, memang tengok lah ketiga-tiga series dia tuh. csi, csi miami, csi new york. kalau nak ikut favourite, aku suka csi original lah sudah mesti. tapi, dalam terms cool, csi miami lah. gaya cermin mata tu mesti ada. he he he.

hujung minggu aku tak buat apa-apa. sabtu pagi aku kena supervise contruction kat rumah aku. sekarang ni tengah buat renovate rumah, nak buat loteng/tingkat 3. aku pergi tengok wayang malam sabtu, cerita forgetting sarah marshall. tapi, frust sket sebab banyak gila potong. balik rumah je ternampak adik aku dah habis download cerita tu. ceh.

dah, itu aje pagi ahad ni. out.


terima kasih, datang lagi

Rants1 Comment

dah lama aku tak emo. nengok macam musim aje. jadi, gua emo kejap. bosan ni sebenarnya. adalah dekat 2 minggu aku takde buat apa-apa kerja. bulan lepas baru aje setel projek dengan satu kampeni nih. so, bulan ni rilek kut? tapi rilek kejap aje sebab aku kena duduk sebulan kat sabah nanti. nak kena buat training staff kat sana. habis disana, ada pulak kena ke tempat lain. ah sudah. berbah le aku nanti. tapi…itu semua boleh cerita lain kali.

masa aku belajar dulu, ada beberapa orang yang boleh aku katakan rapat dengan aku. selalu duk ngikut aku kesana-sini. mintak tolong itu dan ini. aku memang tak kisah nak menolong orang ni. selagi terdaya, layankan ajelah. tak rugi kottt…tapi, adalah satu particular person, yang memang baik dengan aku. disebabkan aku baik dengan dia, adalah jugak dia selalu mintak tolong aku itu dan ini. yep, aku tolong. selagi terdaya kan?

aku teringat satu hari tu, kesian nengok mamat ni nak beli barang tak cukup funding, aku pun hulur le beberapa keping kat dia. beli barang. nak isi minyak motor tak cukup duit, aku hulur lagi, kasi isi full. tak apa lah, kawan punya pasal. nak ke shopping kompleks takde transport, tak apa…aku tolong temankan dia dengan ‘teman’ dia. gelfren dia ada masalah rumah sewa, ah tak apa, aku boleh tolong angkat barang dengan kereta. senang cerita, aiman tak kisahhhhhh…

so, nak jadi cerita. satu hari tu, habis putus kabar berita. tak dengar apa-apa cerita pun pasal mamat ni. bila kontek pun takde respon aje. so aku agak-agak, mamat ni busy kot. jadi aku pun biar aje lah. dum dum dum, dah setahun kut takde khabar. ikut cerita kawan-kawan yang aku dengar, mamat ni dah kerja. ada duit sendiri sekarang. hidup senang le katekan. patutlah lupa dunia. lupa habis semua kawan-kawan lain. orang kalau dah senang, mana nak lepak lagi dengan orang yang takde kelas atau takde standard. tak masuk aaaarr. nak pandang pun tak nak dahh walaupun selisih bahu kat jalan.

ceritanya kat sini, bukannya aku nak mengharapkan apa-apa jenis balasan pun. kita tolong orang niat satu aje dalam hati. ikhlas. kalau tak ikhlas/terpaksa tolong, baik tak payah buat. buang duit/masa ajer. cuma bila kita dapat tahu, yang kita dilupakan bila senang, diingat bila susah agak kecik la hati. kita berusaha menabur, rupanya orang duk menggunakan kita. sometimes it helps if people say, ‘thank you’. it tells you that people actually care.

tapi, itulah hakikatnya dunia. kawan ketawa ramai, kawan menangis takde. anyways, aku tak nak berniat jahat. aku harap ko dengan gelfren ko hidup bahagia yeh. good luck in life.

azfar ismail, out.


berpusing-pusing

RantsNo Comments

fuh, aku ingat nak post spoiler wayang kat sini, tapi malas pulak dah. disebabkan aku ada masa terluang, lepas tu pulak panggung wayang dekat aje dengan tempat kerja aku, hampir semua cerita baru yang keluar aku pergi tengok. memang satu aktiviti yang bagus disamping mengisi masa lapang dan mengosongkan dompet. iyelah, kekadang aku ni lepas habis wayang, pergi shopping macam nak borong semua benda dalam department store tuh. gile ke?

anyways, beberapa hari ni aku kena buat support service kat satu kampeni nih. recently ada buat sikit joint venture dan aku terpaksa show up exclusively untuk services. penat. kekadang sampai 7 jam lebih terperuk dalam ofis yang sejuk nak mampos tuh. belum masuk dalam server room lagi. hish. kalau ikutkan, lepas setel projek msc status application aku tuh, aku nak jalankan projek lain tapi disebabkan aku punya assistant baru aje resign bulan lepas, aku terpaksa merangkap semua kerja. uh…sapa nak apply kerja kosong? :oops:

biasa aku ke sini driver hantar. tapi ada jugak masa aku kena drive sendiri. haa…hambik kau parking tiket rege rm16. nasib baik boleh claim. yang best kalau drive sendiri, boleh pergi mengulat. itu aje. keh keh keh. memang pening jugak le kat situ. dengan staff yang huru hara request itu dan ini. masalah yang tetiba muncul dan memacam lagi lah. tapi apa buleh buat. aku makan gaji aje. so, kena follow the orders from those who write the paycheck.

tapi, sepanjang aku duk berulang-alik ke ofis tu, adalah aku berkenalan dengan sorang milf ni. boleh laa dikatakan dia ni hot dan seksi juga. setiap kali aku ke situ, mesti lepak kat meja dia borak-borak. sambil tolong-tolong kalau dia ada masalah pasal kempite atau bagi training sikit untuk guna windows vista. ahh…aku kan suka menggatal. tapi, nak citer lebih-lebih tak boleh woo…bahye. nanti ada yang kena nanti. tu tak masuk lagi cerita pasal…opss…hurr durrr durr durrr

dah, itu aje nak cite. azfar ismail, out.



Some rights reserved © 1997-2010 azfar.my | 21 queries | 1.844 seconds | terms of use