Azfar-ism If life sucks, why should we be any better

31Oct/081

rosak

entah. tetiba plak rasa nak post. emm...esok cuti. nak tido takde mood. jadi, aku bermain online game. layan gak. dah, itu aje.

Filed under: Rants 1 Comment
27Oct/083

basikal

hmm...dah lama aku planning nak pergi jalan-jalan naik basikal tapi tak kesampaian sebab asyik busy ajer. tiba-tiba, semalam aku ada sedikit masa terluang, dan memandangkan aku ada kerja sikit nak kena buat kat satu taman ni, aku ajak teman pergi jalan-jalan naik basikal kat taman tersebut. aku ingatkan ramai orang lepak situ tapi rupanya sikit aje. orang malaysia lebih suka lepak-lepak dan membuang masa kat shopping complex, jalan-jalan tengok-tengok. kalau tengok dan beli takpe la jugak. ni jalan tengok aje. tak best langsung.

so, rancang nak pergi pagi tapi sebab ada masalah timing, pegi petang. lepas pilih nak sewa basikal mana, terus kayuh nak pusing satu taman tu. well, agak ok gak la taman tu. aku ingat dah wear down sebab tak maintain ke, tapi to my suprise, masih ok. sambil-sambil jalan tu, kami singgah kat rumah musim. sekarang musim bunga. sejuk gak le. tapi...yang tak laratnya, banyak tempat yang best atas bukit. mau tercabut kepala lutut kayuh basikal. aku tahan kayuh 1/3 mendaki aje. pastu tolak basikal. fuh. habis basah baju aku.

so, itu ajela aktiviti aku hari ahad lepas. seronok? mesti la. selain taman tu, ada lagi tempat-tempat yang aku ingin pergi. tengoklah kalau ada masa lagi aku pergi.

Filed under: Rants 3 Comments
24Oct/081

bosan bosan

mehh jumaat...aku baru je habis cam whore kat sekeliling ofis aku ni. pegi section ni, ambik gambar. situ, ambik gambar. pastu keluar ke koridor bilik aku, ambik gambar berlatar belakang klcc. itu menggambarkan kebosanan aku hari ni. mungkin kejap lagi nak main game.

btw, haritu aku berjaya juga membeli benda yang aku tercari-cari selama ni. benda itu adalah...payung. tapi bukan sekadar payung. ia adalah 'the payung' atau aku lebih suka memanggilnya 'payung lelaki sejati'. ha ha ha...pernah nampak payung yang kalau digulung, dia nampak nipis dan boleh jadi tongkat tuh? haa...payung gitulah yang aku nak. punyelah bersusah payah cari kat butik-butik di pavillion, klcc tak jumpa-jumpa. nasib baik ternampak kat sungai wang.

dah habis dengan hal payung, aku pun berjalan ke lowyat, nak beli something. disebabkan hujan, dapatlah aku bergaya dengan payung lelaki sejati tuh. fuh...memang sejati habis ahhh. masuk dalam bangunan, gulung payung pastu jalan. heh heh. tapi, time nak bayar tu, ada la sorang mat saleh ni duk tanya minah kaunter tu pasal satu barang ni:

mat saleh: do you have extra hard?
kaunter: what?
mat saleh: sorry, external hard.
kaunter: huh? do you mean external hard disk?
mat saleh: ya ya, external hard disk

aku tergelak. nasib baik tak guling-guling atas lantai. okeh, itu aje nak tulis.

Filed under: Rants 1 Comment
21Oct/080

borak borak

habis aje kerja, aku ingat nak balik awal. tapi bila tengok kat luar tingkap pejabat, dengan hujan, dengan jam, aku terus takde mood. nak lepak ofis, semua member-member dah balik. jadi, aku duduk kejap habiskan air aku sambil main-main internet.

bila dah lapar, mesti pergi makan. jadi aku turun food court klcc dan ternampak mcd. tengah makan tuh, pempuan kat meja sebelah aku borak pasal politik kut. mak ai, kuat gila. mencarut sana sini. kimak lah, pundek lah. menarik sungguh character ini. jadi aku dengar-dengar le politik mende yang minah ni cakap memandangkan aku takde benda nak buat selain makan burger.

ohh...citer pasal pemilihan umno. duk mengutuk orang itu dan ini, pasal bayar duit lah apa lah. hmm...minah ni sedih ke takde siapa pilih dia masuk bertanding? nampak gaya macam gitu aje. sambil-sambil dia cakap pasal politik tu, ada satu benda yang dia silap cakap. member dia duk angguk aje. aku nak betulkan tapi, uh...makan fries shake mcd ni lagi sedap.

all in all, aku tak kisah nak borak pasal hape pun tapi suara tu rilek-rilek lah. nak menjerit-jerit buat ape, dengan mencarutnye. cakap macam biasa pun orang dah dengar. food court klcc tu takdelah bising mana especially waktu makan malam. orang tak ramai.

ok, dah itu aje nak komen. baru dapat duit claim, nak pegi enjoy. he he he.

Filed under: Rants No Comments
17Oct/080

sakit

aku perasan max payne dah keluar, jadi aku gi tengok citer ni dengan member. takdela teruja mana pun tapi sebab dulu-dulu masa muda, aku selalu main game max payne dan max payne 2. nak tengok sikit camne jalan cerita movie. adakah sama atau lebih kurang sama dengan jalan cerita game.

max payne masih teingat dan sedih mengenangkan family dia kene bunuh. setiap malam try cari orang yang bunuh family dia. berkenalan dengan adik mona sax dan kemudian berkenalan dengan mona sax lepas adik dia kena bunuh. cari orang yang bertanggungjawab jual dadah valkyr. kawan baik bb, double cross dan cuba bunuh max payne. dia marah lalu bunuh semua orang dengan bantuan mona sax. sebenanrnya penjahat utama ialah boss aesir dimana mungkin ada continuiti dalam serita sambungan.

haha. kesimpulannya, cerita tu sucks. bullet time sikit saja.

Filed under: Rants No Comments
8Oct/080

goyang

amacam raya? ada bes eh. raya gua tahun ni ok-ok aje. nasib baik belum ada anak buah, jadi tak perlu kasi duit raya lagi. ha ha.

anyways, ni nak ranting sikit. haritu adalah pergi minum kat satu kedai mamak terkemuka di ibu kota nih. nak basahkan tekak sambil tunggu seseorang. apa yang aku perasan kat kedai mamak tu, ramai orang tua dari orang muda memandangkan kawasan tu boleh dikatakan hip dan selalu dipenuhi golongan muda.

orang tua memang tak kisah. tapi kalau orang tua datang sekali dengan gelfren, bukan anak bini dan lepak-lepak dengan orang-orang tua yang lain, tu agak kelakar la jugak. selalu nampak sangat sampai bende ni kelakar di mata aku. mungkin sebab dulu selalu gak le tengok kat restoran mamak terkemuka di ampang tuh.

tak ingat anak bini ke diorang nih. ish ish ish...udah-udah le tu. bawak balik rumah tido lagi baik ye pakcik. he he...dah itu aje.

Filed under: Rants No Comments
1Oct/083

selamat hari raya aidilfitri

I would like to wish all of my Muslim readers Selamat Hari Raya Aidilfitri (Eid ul-Fitr) (1429H). I also want to apologize for all of my wrongdoings and hope we can start a new book. Maaf Zahir dan Batin. In the meantime, enjoy your holidays, drive save and have fun.

Filed under: Rants 3 Comments