Way of the mobile


perlu ke begini?

zaman dulu, aku duk main natang sesawang maya ni sekitar tahun ’96/’97 (ya, aku sedar bahawa aku sudah tua) guna komputer paling hebat sekali. pentium mmx bai. main starcraft takde hal punya. tak banyak benda pun yang aku cari dalam sesawang maya nih. sama ada check e-mel, berbual menerusi irc atau gambar lucah. tapi, masa berlalu dan natang tu jadi kecil dan kecil sampai kau orang semua boleh letak dalam poket.

dengan makin kecilnya benda tersebut, makin kuranglah teknik sosial anak muda masakini. masing-masing sibuk dengan peralatan teknologi maklumat mereka. mudah berbual hanya di dunia maya. apabila masuk ke dalam komuniti dunia nyata, sepi seribu bahasa. dengan perlambakan informasi, anak-anak urban masa kini didedahkan dengan pelbagai data dengan cepat sehingga menyebabkan kekusutan minda lalu mendatangkan kejutan budaya.

tapi, itulah hakikatnya. jika kita tidak memilih jalan tersebut, kita akan ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat ini. hampir semua menggunakannya, secara sederhana hendaknya.

demi untuk menjadi seorang ramaja yang hip, cool dan urban, saya telahpun mendapatkan bukan satu, tapi dua buah peralatan komunikasi yang mampu menyambungkan saya ke sesawang maya. dengan peralatan tersebut, dapatlah kiranya saya membuat kemaskini keatas profil facebook dan twitter seperti anak-anak urban yang lain lantas menunjukkan kepada dunia bahawa saya seorang yang hebat berkomunikasi sehinggakan makan nasi goreng usa pun harus dikhabarkan. hebat bukan?

saya sudah urban. anda bila lagi?

One thought on “Way of the mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *