Azfar-ism Lucid dream. Sounds like a porno movie

13Feb/101

RM yang hilang

pernah membazir?

tak payah tanya pun dah tahu. mesti punya. anyways, kau orang semua memang tak boleh lari dari kegiatan pembaziran. duit ke, masa ke, hape ke.

tapi apa boleh buat. it is inevitable. dah buat baru nak merasa menyesal.

ambik contoh aku lah kiranya, daripada banyak-banyak edisi pembaziran aku. aku pegi lowyat plaza mula-mula nak teman member beli barang IT dia. aku ternampak lcd screen protector untuk laptop. teruja, aku belanja RM15 untuk benda tu. balik rumah, rasa teruja terus aku buat, tapi...tanpa membaca manual. akhirnya salah potong, salah apply, jahanam benda tu.

hilang RM15 aku. kalau buat makan KFC pun seronok gak.

haihh...

Filed under: Rants 1 Comment
10Feb/100

Jalan-jalan

so, one day i was bored. i asked a couple of my colleague at office to go to lowyat plaza. i wanted to look for something. we walked from the office. just for fun. enjoying the view. nothing much changed. it was all the same.

meh.

happy lunar new year to those who celebrate it. enjoy.

Filed under: Rants No Comments
5Feb/101

Collecting toys

setiap hari pass by aquaria, mesti aku terperasan permainan ular nih. aku teringat pada masa dahulu, pergi ke ikea damansara. nak turun tangga terperasan permainan ular macam ini juga. rasa macam nak beli, tapi minda katakan, nanti la dulu. last-last benda tu dah tak jual. akhirnya aku beli tikus aje.

so, setiap hari jalan ke aquaria, satu hari tu aku kata, ah, beli aje lah. RM 32.90 sahaja. oleh kerana keputusan aku itu, bertambahlah lagi satu plush toys aku. mungkin untuk pembelian seterusnya, teddy bear yang besar nak mampos tu. heh.

Filed under: Rants 1 Comment
4Feb/101

Way of the mobile


perlu ke begini?

zaman dulu, aku duk main natang sesawang maya ni sekitar tahun '96/'97 (ya, aku sedar bahawa aku sudah tua) guna komputer paling hebat sekali. pentium mmx bai. main starcraft takde hal punya. tak banyak benda pun yang aku cari dalam sesawang maya nih. sama ada check e-mel, berbual menerusi irc atau gambar lucah. tapi, masa berlalu dan natang tu jadi kecil dan kecil sampai kau orang semua boleh letak dalam poket.

dengan makin kecilnya benda tersebut, makin kuranglah teknik sosial anak muda masakini. masing-masing sibuk dengan peralatan teknologi maklumat mereka. mudah berbual hanya di dunia maya. apabila masuk ke dalam komuniti dunia nyata, sepi seribu bahasa. dengan perlambakan informasi, anak-anak urban masa kini didedahkan dengan pelbagai data dengan cepat sehingga menyebabkan kekusutan minda lalu mendatangkan kejutan budaya.

tapi, itulah hakikatnya. jika kita tidak memilih jalan tersebut, kita akan ketinggalan dalam dunia teknologi maklumat ini. hampir semua menggunakannya, secara sederhana hendaknya.

demi untuk menjadi seorang ramaja yang hip, cool dan urban, saya telahpun mendapatkan bukan satu, tapi dua buah peralatan komunikasi yang mampu menyambungkan saya ke sesawang maya. dengan peralatan tersebut, dapatlah kiranya saya membuat kemaskini keatas profil facebook dan twitter seperti anak-anak urban yang lain lantas menunjukkan kepada dunia bahawa saya seorang yang hebat berkomunikasi sehinggakan makan nasi goreng usa pun harus dikhabarkan. hebat bukan?

saya sudah urban. anda bila lagi?

Filed under: Rants 1 Comment
2Feb/101

Vitamin C

Memandangkan raya cina dah dekat, adalah 2 kotak atau lebih buah limau kat rumah aku ni. Orang kasi, ambik aje lah kan? So, beberapa hari ni hobi aku ialah makan limau. Tak kiralah sambil tengok tv, baring-baring atau melompat-lompat macam monyet. Cuma satu tempat yang aku tak makan ialah dalam tandas. Biar betul bro, nak makan limau dalam toilet.

Semalam aku teruja tengok rancangan National Geographic di TV. Satu-satu cerita aku layan. Disebabkan tak ada jajan, aku bantai limau. Kupas makan, kupas makan. Ushar-ushar dah nak habis sekotak. Haihh...tak boleh jadi ni. Esok nak tengok-tengok kalau-kalau ada orang nak kasi free lagi. He he he...

Filed under: Rants 1 Comment
30Jan/102

Makanan timur tengah

Satu hari, family aku ajak pergi makan makanan timur tengah di restoran yang dipanggil Al-Rawsha. Kalau diikutkan, aku kurang gemar makanan arab ni. Last aku pergi makan kat Saba' Cyberjaya. Tapi disebabkan orang belanja, aku pegi aje.

Makan apa? Kata timur tengah. Kambing laa, apa lagi. Sakit kepala ke, apa ke tu belakang cerita.

Disebabkan aku nak jadi cool, hip dan urban seperti remaja muda masakini, aku order Barbican cranberry. Begitu hip sekali apabila aku membuka botol, menuang air tersebut ke dalam gelas dan menghirup air tersebut. Emm...

Ramai gile orang pergi makan kat situ. Nak parking pun susah. Apa orang Malaysia ni kemaruk makan makanan camni ke? atau dah bosan dengan local food, yakni makanan ruji mereka selama ini?

Anyways, sekarang aku dah jadi urban. Anda bagaimana?

Filed under: Rants 2 Comments
27Jan/100

Missing

One day, my cat been missing for about 1 hour. We're all panicked. Previously we put it at my sister friend house for mating. Probably the cat afraid of her new surroundings and escape.

Luckily she doesn't wandered off far. She come back soaking wet from the rain and hungry. We all pick her up and bring her home.

No place like home eh, Chemong?

Btw, Chemong's facebook: facebook.com/pages/Chemong/201770197516

Filed under: Rants No Comments
1Jan/100

Happy New Year 2010

I would like to wish all of my visitors a happy new year 2010. Hope that all of your wishes come true. enjoy yourselves and drive save.

Filed under: Rants No Comments
20Dec/090

Lightning arrestor

'sup

so, it's time of the year to upgrade my equipments. i choose to upgrade the lightning arrestor first. the current one i'm using kinda sucks. after reading some on the internets, i found out about cal-lab. tons of awards, good testimonial, etc. so, i went to their main branch at damansara utama and bought some.

they say got lifetime warranty summore. google the name if you want to buy. i'm currently waiting for their latest product that could enhance home-plug devices.

Filed under: Rants No Comments
4Dec/090

Selow

'Sup

Experiencing slow loading? (Lol, like got people visit this shithole)

Neways, I'm in the process of moving to a new datacentre. Might take a while since all my files are around 20GB-ish.

Wait for it to load ok? He he he...

Filed under: Rants No Comments
14Oct/090

Anarchist?

'Sup.

Currently, I'm reading this. It'll be fun building something later.

FYI (for the bookworm tards): The Anarchist Cookbook by William Powell (1970). ISBN 0-9623032-0-8.

Filed under: Rants No Comments
10Oct/090

Survey apa ni?

Apa kejadah ni?

Filed under: Rants No Comments
Pages (64):« First...345678...Last »