Azfar-ism Garcon, there is a fly in my soup

8Jan/040

kahwin awal?

aku takde masa nak dengar muzik sekarang. kalau tak sebelum ni, kalau pergi kelas ke apa ke, mesti bawak sekali cd cd lagu yang aku burn, boleh dengar dalam kereta. sebelum ni jugak, selalu gak aku buat aktiviti "edisi siasat" ngan member aku. dia bawak moto, aku pegang kamera. sebelum ni jugak, selalu aku lepak-lepak kat kedai mamak. borak2, tengok bola, sampai pagi. sekarang nampaknye dah takde masa aku nak buat semua tu. busy gile-gile punye lah. sebab busynye?

assignment yang dah mula berlambak-lambak.

tapi memang hectic la life sekarang. dengan assignment lagi, dengan projek lagi, dengan kerja lagi. ish. kalau aku boleh berjaga 3 hari berturut-turut, jadi bionic man, memang complete kerja-kerja aku. boleh aku lepak-lepak study untuk final. tapi, well...whuttudu. terima aje la yang seadanya. nak komplen banyak-banyak apa gunanya. minggu ni dah nak cam selalu aku lepak kat hq mru. buat assignment kat sana. senang sket, sebab kat sana ada fotostat. anyway, hari ni kira bersejarah la jugak sebab buat pertama kali aku dapat connection ke internet full, 512kbps. gile seh. memang laju nak mampus. bangga le sekejap...hehe

petang tadi, lepas kelas, classmate aku ajak lepak kat library, nak bincang pasal projek programming untuk final. aku memula malas gile nak pergi, tapi sebab dia dah beriye-iye nak jadi ahli kumpulan aku (satu group, 2 orang), aku pun pergi aje le. janji pukul 1430, tapi borak punye borak kat mamak, sampai kul 1420. rushing la pulak balik rumah, ambik bahan-bahan untuk discussion. notebook pun kene bawak. lab penuh, ada kelas. sampai dekat-dekat nak pukul 3. member tension je muka. apa ble buat. time aku tengah bincang ngan member ni, datang nadia, dia nak tanya aku pasal programming c. aku kalau dia tanya, cepat je jawabnye. iyelah, walaupun aku takde apa-apa feeling lagi kat sesiapa buat masa ni, tapi aku suka tengok dia. well, certified pervert. of course le aku tengok bahagian-bahagian 'womenhood' dia. ha ha ha. pervert, sungguh pervert. balik cerita bincang ngan member aku tadi, lepas je bincang, aku borak-borak le ngan dia. cerita pasal kerja, life, etc. dia berminat dengan design website aku, pastu dia kata mungkin nak hire aku designkan website untuk syarikat dia. aku tak kisah. borak punye borak, dia cerita la pasal masa dia yang selalu tak cukup. dia kata nak kemas rumah, dan tiba-tiba dia cakap ni: "nak jaga anak lagi. i sayang anak i, tapi...", hah!, bile dengar anak je, jeng jeng jejengg...aku terkesima kejap. aku ingatkan time aku borak-borak kat mamak sebelum tu dengan member-member aku, diorang cakap 'ahli kumpulan' aku ni dah kawin. aku diam aje le sebab aku kurang dengar sket. rupa-rupanye betul. he he he. aku malas le tanya pasal apa kawin awal. serasa aku, umur dia pun dalam 20 tahun. dah ada anak pun. well, semoga idup berbahgia aje le aku ucapkan. jgn gado-gado. kesiankan kat anak. he he he. aku ni bile kawin?

ingat dah tahun 2020, boleh le kot. tu pun tengok la dulu. heheh...

Filed under: Rants No Comments
7Jan/040

my older posts

i've started to joined this blog world in the year 2002. that's about 3 years now. blogging that time was a bitch. not to mention my terrible host with lots of popup. anyway, here's my 'lost' blog archives. err...enjoy?

www.azfar.my/home/content/archives.html

Filed under: Rants No Comments
Pages (65):« First...606162636465