APA? firewire?

aheh. lama tak post. beberapa hari ni aku demam dan selsema. pening kepala, makan tak rasa apa-apa, nak bergerak pun terasa tak larat. asyik tido aje kerja aku. makan minum pun dah atas katil. dah macam anak raja pulak. kelas pun terpaksa lah tak pergi. well, apa boleh buat…ahehe :)

aku baru aje beli firewire card hari tuh. dah lama aku rancang nak beli benda ni. nak buat video editing, tapi disebabkan masa dan wang yang tidak mengizinkan aku pause dulu projek nih. tapi untuk hari tuh, tanpa berfikir panjang, aku angkut terus firewire card tuh. oh, gembiranya perasaan aku. anywhuu, hari tu sebenarnya aku nak pergi low yatt nak cari tempat yang boleh service notebook. cari punye cari terjumpa satu tempat. specialize dalam baiki notebook. duduk le aku dekat 1jam lebih dengar tokei kedai tu kelentong aku disambil dia cabut-cabut notebook kakak aku ni. bila dah siap servis, dia sound aku: “you try dulu la dalam 1 week kalau tak ok, you datang lagi. service charge rm30 ya” peh, rm30 aje untuk godek-godek notebook dan dicampur dengan sedikit sebanyak kelentong. tokei kedai tu cuma kasi bisnes card dia aje la. kalau cam ada satu kedai aku pergi dulu, dia siap offer air lagi. hehe. kalau camni aku pun nak bukak kedai lah. kelentong-kelentong aje dah untung. balik je rumah, aku terus-terus aje pasang firewire card tuh. edit video. ha ha ha…terasa canggih pulak aku. senang le sikit. boleh saving tape dv. dah le satu tape mahal nak mampus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *