cannot live without. . .sugar

semalam time nak hantar adik aku pergi lrt, aku terdengar lagu ‘maroon 5 – this love’ kat radio hitz. lagu ni dah lama keluar dan aku pun dah ada album maroon 5, dah bosan pun dengar. tapi tak tau pasai apa bila aku dengar kat radio aku jadi minat. dengan tak buang masanya, aku pergi download lagu tu tanpa menyedari yang aku boleh rip aje lagu tu dari cd. ntahle, download lagi seronok dengar gamaknya. pastu aku terus dengar dari petang sampai pagi esoknya. jadi lagu tidur aku. seronok la pulak. lagi satu terkejut la jugak. semalam bandwidth aku dalam masa sehari je boleh naik jadi 10mb. gilelah. berapa ribu visitor datang? aku dah set setiap bulan, approx. visitor dalam 500,000 orang. kire ok lah tu. aku aje visit mungkin dalam 100,000. kah kah. tu belum tengok bandwith kat website 959 lagi. sure gile punye. 1gb kot. aku duk upload video clip yang semuanya size atas 10mb. tapi takpe, ikhwan punye bandwith dalam 10gb atau lebih. dia tak kisah dan tak heran sangat pun. yang bestnya mru punya bandwith. unmetered. tu lagi sedap. tadi…aku baru je ambik slip exam aku. next week dah start exam dol. gile ah. pagi tadi tetiba waktu kelas aku dishiftkan ke pukul 9. tersangap aku bangun tido rush ke kelas. seb baik sampai kul 9:30. geng rebonding pun cam biasa lah, sampai kelas lambat, lambat dari aku. pukul 10 kot sampai. time kelas, sesambil aku dengar lecturer berhujah, aku duk main-main le henset member aku. baca mesej, baca itu ini. tetiba aku ternampak mesej yang best kat dalam tu. baru le aku terperasan yang member aku sudah jatuh hati kat classmate. budak geng rebonding. berbunga-bunga ayat dia dalam henset tu. naik geli pulak aku tengoknye. tapi kebanyakannya ayat depa duk karang aku tak paham sangat la. ape dah tua ke aku ni sampai ayat/slanga remaja muda mudi sekarang pun aku dah tak paham. ish ish ish…kene rajin-rajin lepak dengan budak-budak muda la sekarang. tengok life depa camne. petangnya pulak, aku kena pegi kolej lagi sekali, nak kena tunjuk projek final c kat ‘teman projek’. gile tu, semalam berperah otak nak tulis program tu. nasib baik siap dan ok. nak test, aku kene buat kat student center. tapi kat student center pulak penuh. tak selesa aku nak present pastu ramai orang lalu lalang tengok. pastu pulak dengan tetibanya notebook shutdown, aku lupa charge bateri. sungguh siye. gile gak penat tadi. aku tak minum/makan sejak dari tengahari tadi. jadi badan aku kurang gula, jadi lemah sikit. ataupun dah naik lemak, asyik minum minuman bergula aje. time nak balik tadi, aku baru terperasan yang aku tak kunci kereta time parking. gile ah. seriusly gila. nasib baik kereta ok aje. ishk. ni pun aku menulis menatang journal ni lepas aku sembur racun rumpai kat belakang rumah aku. dah naik semak aku tengok, tu yang semalam aku pi beli racun rumpai. nak cabut rumput malas, jadi kita racun aje…heu heu heu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *