final aku dah habis

huhu…akhirnya, final aku dah habis. pening kepala, tension-tension pun dah beransur-ansur hilang. lagipun aku lama aku tak post, busy dengan study (ceeewahhhh…). anywhuu…bile final dah habis ni, aku terpaksa sibuk dengan kerja-kerja web design la. dah melambak dah. tak siap-siap. untuk ringankan kerja aku, aku buat sub kat sesapa yang berminat nak design grafik untuk aku. ada la yang berminat. sekarang aku ada la selalu lepak kat mru. tolong-tolong si boss setting server olympic ni. pakai linux redhat, boleh la sikit-sikit. aku reti mandrake aje, walaupun linux mana-mana pun sama gak. tapi tadi ada masalah dengan login root. bengong, kene mintak tolong ustaz gak nanti. dia ok je, takpe la kot. aku bila kat mru ni suka download aje sebab rate dia lagi tinggi dari rumah aku. sini 1mb, rumah aku 512 je. aku punya cd player hilang haritu. aku letak dalam kereta. pastu adik aku pulak bawak kereta pastu parking kat luar rumah tak kunci kereta. apa lagi, kena sapu lah. aku perasan time kereta ada kat luar rumah tuh, aku ada nampak satu lori parking depan rumah nenek putih. aku hanya mampu syak aje la. tapi apa boleh buat kan. benda dah hilang. sayang aku dengan cd player tu. cam nyawa. kumpul duit siap punye lama nak beli…ahe he…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *