nak jadi playa ke?

hari ni aku kena bangun awal. iyelah, tengah syok-syok tido elma telefon aku. tapi aku tak sempat jawab. bila aku call balik, dia sound aku pasal assignment c. aku duk termenung kejap, pastu baru aku teringat yang nak kena antar hari ni. aku apelagi, cepat2 mandi, pastu pegi kolej. sampai kolej aku lepak ngan mel kejap kat bawah, isap rokok. dia pun apa lagi, open cerita yang dia nak ushar si nad. aku malas nak layan cerita-cerita camni tapi disebabkan semalam aku dah baca semua mesej dalam henset dia, secara automatiknya dia budget aku tau gak pasal hal tuh. so, terpaksa la aku dengar. time aku lepak kat library, aku dapat le tengok kemesraan diorang dua orang tuh. sampai dah naik meluat aku tengok. anywhuu, aku tak kisah. janji jangan susahkan orang lain udah. pandai-pandai jaga diri. tetiba elma suruh jumpa dia kat kedai fotostat belakang kolej. dia duk buat assignment c kat situ. siap dengan print sekali. huh, elokle. patutnya bagi aku buat, pastu print semua sekali. lagi lawa aku rasa. dia nak cepat lagipun, dia tinggal anak dia dalam kereta. aku terpikir dalam hati aje, apasal tak bawak aje anak dia keluar. harini pulak hari last lecturer aku kat kolej ampang. dia kena pindah ke shah alam. aku suka belajar ngan lecturer ni sebab muka dia ada iras-iras jennifer garner / catherine zeta jones…ahahks. anywhuu, lepas antar assignment, si mel duk mengadu kat aku pasal ada sorang member sound nad pasal nampak dia (mel) jalan ngan awek lain kat ampang park. aku mengeluh, eh bukan, menjerit dalam hati…adui le…masalah cenggini pun nak mengadu kat aku. nak jadi playa, tapi kene kantoi sikit camni pun dah menggelabah gile. aku suh dia lepak-lepak je. buat tak tau udahla. salah satu skill nak jadi playa ni kene denied everything. sebabkan aku tak mau jadi bosan ataupun meluat dengar cerita-cerita jiwang ni, aku balik rumah terus. tido lagi best…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *