near death experience. again?

well, aku baru je balik dari penang ni. gile ah jam dari lembah beringin sampai ke kl. pening kepala aku. tak ape lah. janji sampai rumah dengan selamat. cumanya tadi time on the way balik ke kl lah ada bende yang gile dah terjadi. time tu kat bukit lepas terowong kat perak. bukit sebelum tol. time tu jalan jam, dari lepas terowong ke tol. aku bawak le pelan-pelan. dah habis pelan dah. distance ngan kereta depan pun aku jaga. bila sampai kat lereng bukit, aku biar aje kereta aku cruise down. tapi tetiba aje kereta depan aku emergency brake. terkejut aku, terus tekan brek. aku terlupa nak pam ke, nak tarik handbrake ke. semua terlupa. tekan-tekan brake, dia tak jalan. time tu ada dalam 1 meter. aku tengok macam dah takde harapan dah. mati le aku kali ni. tetiba refleks aku pusing stering ke kiri. time tu kalau lambat sesaat, aku dah hentam kereta depan aku sekuat-kuatnya. ish…seb baik kereta proton wira aku tu response dia cepat. selamat aku untuk hari tu. dan nasib baik jugak le takde kereta kat sebelah kiri aku. sayang gila aku kat kereta proton tu. walapun tadi mak aku dah offer nak tukar pakai bmw, aku tak mau tinggalkan kereta tu. sayang gile. mungkin aku refurbish aje le kereta tu nanti. leather seat, cd-player atau mungkin tukar enjin mivec. esok kene chek ngan ah meng la brake ngan tayar aku. pehal le ntah.

aku baru je habis dengar lagu dari soundtrack 30 hari mencari cinta. :band: vcd dia pun ada kat rumah ni, tapi aku malas tengok lagi. nanti le agaknye. apasal aku tetiba minat sheila on 7 ni pun aku tak tau. ahaha…nak pulak adik aku duk kumpul cerita queer eye for the straight guy tuh. aku duk layan tengok sekali. anywhuu…chow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *