rambut dia macam orang putih lah

parents aku baru balik dari penang. ah…akhirnya aku dapat makan nasi yang original. kalau tak biasanya aku makan nasik kedai ataupun kakak aku masak. tapi memandangkan kakak aku pun bz kerja, biasanya nasik kedai aje la. lambat gila aku bangun hari sabtu. dekat pukul 11. bangun sarapan, pastu bantai tidur lagi. ntah le. tak tau pasai apa. masa aku bangun sekejap tuh, tengah mamai, mak aku tanya nak dye rambut ke tak, aku dengan pening kepala pun iyekan aje la. sudahnya bila dah siap, rambut aku perang habis. dah macam orang putih plak. tak kisah la tu kot. malamnye, aku kene teman mak & kakak aku pi pasar malam, depa nak beli ikan. lama seh tak pergi pasar malam ni. kalau tak, dulu2 hari sabtu aje memang pergi ah pasar malam ni. wajib. saja nak tengok-tengok barang makan dan orang. ahe he. dulu masa aku pergi pasar malam, selalu gak aku jadi stalker. hehe. orang first yang aku cari, ex time sekolah dulu. ana cikgu besar. saja je kalau jumpa boleh rehash balik zaman-zaman dahulu kala. lagi sorang yang aku cari, si dee. aku baru tau dia ni jiran setaman aku time kat uitm. anywhuu, kalau jumpa dee ni pun bukannya aku buat borak-borak. sekadar angkat tangan aje. aku tak minat dee. macam kata-kata hilmi semalam time aku borak ngan dia kat dalam msn messenger, takde selera. aheheh…time kat pasar malam ni gak le aku ternampak ada la sekor dua pakai cap dan cermin mata hitam duk jalan-jalan kat pasar malam ni. aku pun terpikir yang gile betul panas malaysia ni sampai malam pun nak pakai cermin mata hitam. mungkin sebab nak bergaya kot…ahehehe…gile. ni disambil aku menaip entry nih, aku tengah testing cd-player aku yang baru. adik aku pi beli, nak ganti yang hilang dulu. well, anywhuu, aku tak suruh pun dia beli ganti balik. tapi bila dia dah beli, lantak le. aku tak kisah…

One thought on “rambut dia macam orang putih lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *