raya: day 1

hurm…raya yang biasa untuk aku tahun ni. takde la luar biasa pun. macam tahun-tahun yang sudah. awal pagi, pergi sembahyang raya kat masjid bayan baru dengan ayah aku. nasib baik dapat masuk dalam masjid. punyalah ramai orang (especially workers kilang industri). double parking pun double parking lah. lepas sembahyang, baru aku ternampak fesyen-fesyen terkini yang diperagakan. minah-minah “industri” nih bergaya sakan woo…ambik-ambik gambar sana sini. but alas, ok la tuh. lepas edisi bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan menangis bersama ahli kerluarga, kiterang makan. sudah tentu, favourite aku ketupat pulut, nasi minyak dan rendang daging. aku tak layan gila-gila sangat ketupat tu tapi makan tetap makan lah. lepas rilekkan perut, kiterang gerak ke kulim. rumah nenek aku. ramai yang ada kat sana. sedara mara, kawan-kawan lama. dapat jugak aku borak-borak pasal open source dengan pakcik aku. dia kerja manager ape tah kat sunway computers. ok gak tu, boleh le satu hari nanti aku buat intern kat sana ke, ataupun kerja terus kat sana. cuma berharap pakcik aku tawar projek yang best je kat aku nanti. ha ha ha.

habis di kulim, gerak ke rumah sedara mak aku pulak. wah…makan lagi. perut aku hebat. sambil menunggu mak aku berborak, aku tidur le dulu, atas kerusi. penat woo. balik je rumah, aku terus bongkang sampai tengah malam. aku terbangun terus aku tulis menatang entry nih. ha ha. ni pulak esok nak kena drive pergi kuantan pulak. aku 2 pilihan, sama ada gerak ke KL dan kemudian ke kuantan atau terus masuk ke genting sempah, yang bermaksud kena naik genting dulu. fuh…tak mau le aku naik genting. jahanam kereta. kang sesia je pepagi raya tu kena tukar brake disk yang terbakar. dulu dah pernah sekali naik, berbau hangit je brake tu. kalau bawak jeep 4 wheel drive takpe gak. aku pilih aje le gerak ke KL dulu baru kuantan. walaupun jauh, tapi…argh…penat!

petang tadi waktu amerika (6:57:04pm), domain aku secara rasminya berusia satu tahun. mula-mula aku ingat dah malas nak continue domain ni, nak pakai yang baru (azfar.my). tapi bila fikir balik, takpelah, for history sake. lagipun ramai dah tahu domain ni. payah nak promote baru nanti. struggle la jugak aku nak renew hari tu sebab dah nak dekat raya. kompeni yang handle domain ni pun dah nak cuti. nasib baik aku sempat. siap sms-sms lagi boss dia tuh. so, dengan ini, azfarismail.com survive untuk satu tahun lagi. harap dapat survive sampai bebila la hendaknye.

okaylah, gua chow dulu. selamat hari raya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *