raya: day 3

uh…bangun je da tengahari. eh bukan, 11 pagi. seb baik takde orang datang beraya lagi. time tengah tunggu tandas available, aku sambung tido plak dalam bilik. last-last memang bangun tengahari. orang dah balik beraya. lepas mandi dan memakai baju raya aku yang baru (hmm…), aku gerak pergi rumah sedara kat kubang buaya. ingatkan nak pergi rumah jos, tapi dia senyap je. time lepak-lepak dan makan-makan kat rumah sedara tu, pakcik aku ajak pergi segamat ambik kereta dia hantar baiki kat situ. kat felda keratong. fuh, beraya kat felda aku hari ni. sampai sana petang, tunggu orang yang baiki kereta tu, ada la dekat malam baru siap. jadi aku melantak kuih raya member pakcik aku aje le kat situ. dah setel semua, gerak ke kuantan. malamnya tak buat apa-apa pun. cuma buat rancangan sesama sedara aku pergi makan kat kedai mamak, pastu jalan tc (teluk chempedak). hujan time tu, jadi nak jalan keluar tak boleh. round-round dengan kereta aje le. pastu lepak-lepak layan vcd cerita white chicks. ho ho…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *