huh huh

sibuk. tu je yang mampus mampu aku cakap. takde masa langsung nak tulis blog ni apatah lagi nak update galeri gambar aku. tapi projek 365 aku masih berjalan. gambar aku ambik setiap hari tapi tak sempat nak upload je. jadi kekadang aku sumbat sekali gus kalau ada peluang. hari rabu mel mintak aku format pc rumah dia. fuh, punyela banyak spyware sampai makan bandwidth. jadi slow internet connection. nasib baik dapat siap hari tu jugak. aku memang suka tengok pc yang baru format. clean dan laju je. dah siap, hantar balik pc tu ke kajang. hari tu campur semalamnye dah dekat 4 kali aku pergi kajang. fuh…tak ingat.

hari jumaat ada kelas database. biasalah aku, masuk lambat. tanya-tanya, rupanya ada assignment. kene buat artikel pasal web based dbms. fuh, nasib baik aku tau sikit-sikit. jadi, cemerlang la time nak present tu. jeles je bebudak lain dengan group aku…ho ho ho…

* UPDATE 25/12/04:
my backup server at tm.net’s myloca is back online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *