Press "Enter" to skip to content

jom escape

sekali pandang cam website orang inggeris (tiru ayat member). tapi empat kali tengok rupa-rupanya inggeris celup. tak kisah le tu. lama aku tak tulis dalam bm. disebabkan aku malas nak belek kamus, aku tulis je dalam bm. petang tadi aku ke um, lepak dengan member aku kat sana. aku bercadang nak mintak member aku tolong ajarkan subjek struktur data dan algoritma. fuh…payah gile. dah le kelas first aku masuk dah bab 3. tu ler, escape banyak sangat. well…biasale tu. dapat le aku cover bab link list dengan dia disambil dia tunjukkan camne nak tulis program. boleh la aku faham sikit. takde le melahu je kalau time kelas. malamnye, cadang nak tengok member aku buat persembahan tarian kat dtc um tuh tapi disebabkan masalah teknikal, sesampai je sana persembahan dah habis. ho ho…duk lepak borak aje pastu gi minum kat 14.

takde le aku ni jakun sangat tapi time lepak kat 14 tu, ternampak le awie tengah minum-minum dengan member dia. aku tak minat sangat mamat tu. tapi lantak le kot. kalau aku kuar dengan member aku yang sorang tu, sure dia dah terhegeh-hegeh dengan pen dan kamera dia nak mintak autograf.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *