argh…wargh…

wargh…finally. yep, akhirnya aku berjaya menyiapkan assignment aku. semuanya berjaya dicompilekan pada jam 7:00 pagi. tak tido lagi aku gamaknya hari ni. mata pun dah lebam semacam je. assignment terakhir aku siapkan ialah buku skrap multimedia. aku dah tak kira, main tampal aje apa-apa gambar yang aku gunting kat surat khabar ni. sebelum tu, aku duk struggle buat database dengan program data struct, siap dengan documentation. rasa cam nak meletup kepala. tiga hari yang lepas, aku habiskan masa aku duduk kat dalam bilik sahaje. takde keluar gi jalan-jalan ke, apa ke. tengok matahari pun jarang-jarang. kalau tak buat assignment, aku chatting, main game atau pun tido (tido aje la yang banyaknya). aku pun tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ni aku asyik mengantuk aje. badan terasa nak tido. mungkin sebab kesan daripada ubat yang aku makan.

stress jugak le memandangkan final dah dekat. ditambah pulak dengan aku yang masalah je memanjang ni. kekadang terasa kosong jiwa ni. empty soul, hu hu hu…entah le. mungkin aku kena tukar cara hidup aku. kalau aku telan demerol berbijik-bijik pun tak dapat setel punye problem nih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *