jom ponteng

seronok tak? seronok apa? seronok ponteng. aaa…memang seronok. lebih-lebih lagi kalau kelas yang tak best. sepatutnya aku ada kelas html dan database hari ni. tapi dua-dua dikenselkan dengan sengaja oleh aku. oleh itu, aku menghabiskan masa dengan tido sepanjang hari. best tido tapi masalahnya bila bangun, aku sakit tengkuk. aduh. hakikatnya, bukan aku tak nak bangun pergi kelas. tapi malam semalam aku pergi dinner mak (um) 2005 kat hotel sunway. balik lewat pagi. well, disebabkan itu ialah dinner, pakaian aku memang le market sikit. tapi separa market la, takde all the way. anyway kalau market lebih-lebih pun, itu bukannye event aku. don’t bother trying bak kata orang inggeris.

atas tu gambar aku dan shimi. aku pakai ‘baju kot’. ha ha ha. time aku sampai kat sunway ni, aku terus masuk ke car park hotel. ada bebudak kata parking situ mahal. dekat rm4 lebih. aku pun berfikir…ah lantak la. tapi sebenarnya rm2 per entry je. sepanjang event tu, memang bosan. dif-dif kehormat berucap aje lama gile. perut berkeroncong nak tunggu time makan yang lama gile. bila dah habis makan-makan, dah tentu la aku jadi tungul kayu. member-member semua bergambar dengan awek & bebudak, aku duk kat tepi je lah kan. shit dude, aku tak kenal sorang pun dalam ballroom tu. kenalnya cuma member-member yang duduk semeja dengan aku je. well, takpe la kot. diorang yang ajak aku pergi, diorang yang belanja aku pergi. nak berborak dengan stranger pun, aku takde selling point. idea pun tak datang. kalau tak, boleh la ushar awek seekor dua. habis makan-makan, time member-member tengah riuh bergambar, aku lepak kat luar. tengok-tengok keadaan sekeliling disamping pergi tandas hotel sunway yang besar nak mampus tu. well, what tu do. dah habis agony kat situ, aku balik um, hantar kawan-kawan. pastu kuar lagi. member-member ajak pergi minum kat uptown. disebabkan lama tak layan, aku order coke susu dengan chicken chop. ha ha ha. balik rumah, pukul 4 lebih. tu pun tak terus tido. layan makan lagi. dekat pukul 5:30 baru tido. tu yang bangun pun lambat hari ni. padan muka aku. entah ada kuiz ke, latihan ke tak dapat buat. kalau orang rindu kat aku? haha…fuck lah, not going to happen.

ok la, nak stop dulu. esok aku ada test second midterm. wish aku luck. data struct pulak tu. apa la memantek kolej ni buat second midterm pulak. memang membazir dan unnecessary sungguh. satu aje dah le. habis rosak rancangan aku. dari bangun pagi tadi, aku sibuk makan je di samping tengok movie. cerita ‘paycheck’. movie tu suck big time tapi sebab takde choice, lantak la. ok ya’ll, nak gi study dulu (ha ha ha). later aaaight…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *