hujan

aku ada borak-borak dengan kawan aku pasal puisi/sajak. tekun la aku mendengar apa yang dia cakap (thanks for the pointer jackass! ha ha). jadi, untuk menunjukkan aku ni seorang yang ‘cool’ (ha ha ha), aku pun try test tengoook menulis satu sajak/puisi. sekarang ni tengah hujan, jadi aku pilih hujan sebagai tajuk. sori la kalau tak kena ke, macam sial ke. first timer ok?

hujan

hujan

engkau datang
kemudian engkau pergi
menyapu bersih
jalan-jalan dan lorong-lorong

hujan

aku berjalan
kemudian engkau turun
aku basah kuyup
tak sempat berteduh

hujan

engkau membimbangkan warga kota
air naik di merata-rata
jalan sesak di sini sana
kiri dan kanan kereta sahaja

hujan

kilat sabung menyabung
aku mula khuatir
komputerku di rumah
tak ada ‘surge protector’

hujan

engkau turun begitu lebat
membawa denganmu angin yang kencang
dinginnya menusuk ke tulang-tulangku
membuatkan aku semakin mengantuk

hujan

engkau kini sudah berhenti
sampai kita berjumpa lagi
tetapi satu yang ku sesali
tak sempat tidur kerana menulis puisi ini

– azfar ismail @ 01/02/05 – 16:26

2 thoughts on “hujan

  1. puisi ni ko buat sendiri ke copy paste? hehe.. jgn mare.. buat la pusi ttg aweks… mesti best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *