kejam

aku pun nak tumpang sekaki post benda ni. kejam sangat kah sistem perundangan negara kita ni?

KANGAR, 10 Mei (Bernama) — Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, Selasa menjadi remaja pertama di negara ini dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Remaja yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis itu dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret Kangar dan disebabkan kesempitan hidup, dia memilih untuk dipenjarakan.

Ahmad Hafizal, seorang buruh, dituduh gagal melaporkan diri pada latihan PLKN di Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah pada 25 Julai tahun lalu tanpa sebarang penangguhan atau pengecualian yang dibenarkan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Remaja itu yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Dia yang berseluar jean dan berbaju T biru serta berselipar kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan, namun kelihatan agak sebak ketika dibawa polis untuk dihantar ke penjara.

Tidak ada anggota keluarganya yang hadir di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad ketika menjatuhi hukuman itu berkata, kerajaan memandang serius kes tidak menghadiri latihan PLKN.

“Kami tidak dapat beri peluang kepada yang ingkar seperti awak,” katanya.

Majistret Wan Norzanuar berkata, PLKN adalah penting kerana ia merupakan satu kepentingan awam, membentuk sahsiah diri dan patriotisme remaja.

Menurutnya, meskipun dijatuhi hukuman namun tertuduh tidak lepas daripada menjalani latihan PLKN seperti remaja lain kerana perkara itu termaktub dalam Seksyen 18(2) Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

“Saya harap hukuman ini menjadi iktibar kepada remaja lain,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Hafizal merayu hukuman ringan kerana beliau perlu membantu menyara keluarganya yang miskin.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu juga mengakui tidak menyedari bahawa kegagalan menghadiri latihan PLKN sebagai satu kesalahan.

Ahmad Hafizal tinggal bersama ibunya yang bertugas sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Norfiza Mohamed Nordin memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Katanya, walaupun tertuduh mengemukakan kehidupan yang miskin sebagai alasan, namun mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.

— BERNAMA

so? amacam?

2 thoughts on “kejam

  1. Lock him up! He deserves that. Kids nowadays can’t be cosidered at all. Besides I think he knows already it’s in the law.

  2. mcm nilah..law is created to prevent evil-doings-that is the ideal concept of the natural law, protecting the innocents and serving justice..what is justice?
    obviously not arbitrary law. Arbitrary law, as it may seems, gives rise to the authority to make and execute laws, no matter how cruel it may be. Is that just? I don’t think so, with all due respect.Law may not, can not, should not be broken, but it can be bent.
    Justice protects, not otherwise.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *