yuhuu…aku kembali. kembalinya aku daripada camping kat port dickson. dapat jugak aku buat aktiviti outdoor. camping tepi pantai lagi tuh. mulanya aku ingat camping betul-betul kat dalam hutan, rupanya hampir-hampir kat hutan aje. siap ada tandas lagi. huhu. camping site tu betul-betul kat sebelah pantai. siap dengan barbeque set semua. jadi, malam-malam mesti terasa angin bayu. fuhh…syiok woo…
lepas briefing, aku bertolak dari ampang dengan kawan-kawan dalam pukul 7 lebih. time tu baru nak hujan. bincang itu ini, kereta aku disuruh angkut muatan 5 orang dengan barang ‘kargo’. bagak-bagak pulak tu yang naik kereta aku. ah sudah, ni bukannya jeep 4 wheel drive. aku baru aje buat balancing dengan alignment. habis seratus nak tukar chamber aje. tu belum masuk dengan absorber aku yang baru tukar sebulan lepas.
tengok dari luar, nampak macam kereta aku lowered gile. nak pegi drag race ke hape. mamat-mamat kereta bikin pun jeles tengok. lol. aku maintain 90km/h aje kat highway. nak speeding tak boleh sebab load berat sangat. aku takut daya brek takde. sampai kat camping site dalam pukul 9 malam. terus pasang khemah. nasib baik aku bawak khemah spare sebab budak-budak ni tak cukup khemah rupanya. apa la barang.
time nak tidur, aku terasa panas gile. jadi aku ajak sorang dua bentang tikar kat tepi pantai, pastu tidur kat situ. sekali sekala tidur dengan berbumbungkan bintang. mula-mula 2 orang aje yang berani nak, tapi akhirnya dekat 8 orang tidur kat situ. kira aku pasang khemah tapi tak tido dalam tu pun. khemah cuma tempat simpan barang. open air lagi syiok. setiap kali bangun pagi, terus mandi laut. mmm…sejuk.
tengah seronok lepak-lepak time tengahari, hujan turun. lebat gile. habis basah dalam khemah. aku sempat le jugak selamatkan barang-barang masukkan dalam kereta. lol. yang tido dalam kereta pun ada jugak. malamnye, kiterang buat barbeque. aku ada la jugak notice sesetengah group dalam camping ni tak reti buat kerja langsung. senang cerita, semua anak emak sesekor. aduh. aku tahule walaupun tak boleh masuk click, tapi sekurang-kurangnya mencuba. tolong ringankan beban. ini sesekor buat hal masing-masing. tak unity langsung.
ada satu masa tu, diorang ni tengah pasang dapur gas, nak masak air. tapi ntah pasang tak reti kut, teriba api sambar dapur gas dengan tin dia. semua mencicit lari tak pandang belakang dah. aku jugak yang nak kena pegi padamkan api. nasib baik tindak refleks aku cepat padamkan benda tu sebelum dia merebak. kalau tak dah mampos sekor-sekor. ape la barang diorang nih.
secara kesimpulannya, bolehla dikatakan trip camping ni seronok. cuma aku berharap, sifat kerjasama tu ada la. gilir-gilir sentry, cari kayu api, kemas kawasan khemah, etc. tak dapat le kalau nak mengharapkan orang lain je.
well uh…ada sapa yang minat aktiviti outdoor kat sini?
wahhh..uncle menjadi hero of the year ah jadik life saver
nnt org nak gi camping kat teluk rubiah plak tangkap ketam 
wahhh… uncle pergi camping x ajak saya pun
Yup! saya memang minat outdoor xtvt nie. Aku selalu lepak kat blog ko coz banyak perkara yang menarik utk dibaca walaupun more on ur personal life. Aku dari Gombak. Kalu hendak tgk pic xtvt kitaorang lelepas ada kat:
http://outdoorchannel.fotopages.com
http://www.circles99.com/OutdoorWebnet
cantik gambar aku tengah posing tepi laut. kau tak nak promot aku jadi modal ke