Press "Enter" to skip to content

database error lagi

hujung minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnye aku menghilangkan diri. saja-saja je mengada. macam hujung minggu lepas aku lepak dengan memember aku, duk setup server, setting network, backup itu ini, etc. aler, kerja-kerja network admin lah. pening jugak kepala sebab tiga hari tidur tak cukup, makan tak kenyang, mandi pun basah (kalau tak basah, mandi kobau tu).

tengah beriye-iye nak restore data, sekali aku baru tersedar yang file database tak boleh bukak. ish ish ish…ape la nak jadi ni. kali ni database kat backup server aku pulak yang hilang. hilang seperti kentut dibawa angin. frust jugakla sebab kat situ ada kerja-kerja development aku sepanjang 2 tahun. fuh, syabas-syabas. database yang tak berguna pulak yang banyak simpan. ah, lantaklah. aku buat baru nanti.

moral untuk diri sendiri. backuplah data selalu. boleh, tapi kena beli hard disk baru. banyak gila kena backup ni. sampai 25gb…

2 Comments

  1. bogus
    bogus 24.5.2006

    beli laa hardisk 400GB…br ader ummpphhhh hahaha

  2. boss
    boss 25.5.2006

    400gb pun takkan cukup bogus…manusia tak pernah puas..heehhehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *