entry pelik

bagi kawan-kawan yang tahu/faham (terutamanya bagi yang terlibat dalam ‘perjanjian hidaya palma 2006’).

seperti yang korang sudah tahu melalui manager dan ‘surat khabar’, rancangan aku untuk beli player pilihan tak berjaya. masa mula-mula season, aku dah buat proposal, rancang nak ambik player tersebut masuk dalam team aku. feedback player tu agak baik jugak la pada mulanya. menunjukkan sedikit hasrat untuk join team aku. sebelum ni, ramalan pemerhati menjangkakan kejayaan dah sampai ke 60%, iaitu tahap tinggi bagi team aku dan sudah hampir ke garisan penamat. kontrak semua dah siap, cuma tunggu nak ditandatangan sahaja. tapi…sangkaan pemerhati dan aku meleset. rancangan layu ditengahari.

aku baru aje tahu yang player tu rupa-rupanya dah ada kontrak dengan kelab lain. tak pasti berapa lama punya perjanjian, tapi kelab tu tak popular sangat. aku tak pernah dengar nama kelab tu. sama ada player tu tak bagitahu aku pada mulanya atau mungkin aku punya agent tak buat research betul-betul. tapi tak apa kawan-kawan, aku tak rugi lagi sebab masih belum keluar modal. aku tak pasti sama ada saham/investment aku masih tinggi atau tidak untuk buat pencarian player. sekarang ni season dah hampir mula. tak tahulah aku sempat beli player dalam masa terdekat ni atau tidak. kalau tak, nampak gayanya team aku takde player untuk musim ni. tak dapat masuk league.

“permulaan sesuatu yang baru datang selepas sesuatu yang lama berakhir”

One thought on “entry pelik

  1. Ada banyak player dalam dunia ni…kena pandai dicover mana player terbaik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *