no heart

sifat hormat menghormati aku rasa makin lama makin pudar dalam generasi kita. kalau setakat angkut ramai-ramai pergi khidmat negara, belajar menembak, tapi tak diajar budi bahasa, takde gunanya. muda-mudi sekarang ni tak macam dulu lagi. semuanya asyik pandang ke barat. mengidolakan sesuatu yang bukan-bukan.

beberapa hari lepas aku saksikan sendiri betapa hancurnya sifat budi bahasa dalam masyarakat muda mudi kita. kelas hampir nak tamat. pensyarah masih tengah bercakap. tiba-tiba ada beberapa pelajar yang fikir mereka ‘terlalu popular’ tutup lampu dan buat ‘surprise party’ untuk seorang rakan kelas yang ‘kononnye’ selebret hari jadi dia hari tu.

aku tengok, muka pensyarah tu terpinga-pinga. terdiam lesu. diperbodohkan macam tu sahaja. adakah lebih baik sekurang-kurangnya pelajar-pelajar tu tunggu selepas habis kelas atau buat kat tempat lain. kurang ajar sungguh. sedih bila melihatkan belia masa depan macamtu. menggambarkan yang gagalnya sistem pembelajaran masakini. sekian.

One thought on “no heart

  1. rasanya kalau sy la lecturer tu, mau sy amik nama.. x de nya sy bg A bebudak tu.. baik bg D or C je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *