selesai

pejam celik, dah habis 30 hari. sekejap betul. masa 30 hari yang lalu, aku terasa macam waktu berjalan dengan lambat. tapi aku silap. yah, macam-macam yang berlaku dalam waktu 30 hari. ada beberapa perkara baru yang aku belajar, rasa dan cuba. tapi takde aa mencari cinta ke hape. akhirnya aku dapat juga habiskan puasa untuk tahun ni dengan selamat. tiada ganguan luaran atau yang sewaktu dengannya.

untuk mengisi masa lapang, kawan-kawan aku ajar main game secara network. walaupun aku dah tahu lama, tapi saja le buat-buat bodo gitu. setiap hari ada sahaja lawan starcraft le, counter strike le. penat dah tangan ni duk tekan-tekan. tak puas main di pagi hari, lepas terawikh, sambung lawan. guna hamachi networking. siap ada member tension sebab kene ‘tembak dari atas’. he he he…jangan marah ye jon.

tahun ni jugak menyaksikan banyak betul invitaion berbuka kat luar berbanding tahun-tahun sebelumnya. paling aku tak boleh lupa berbuka kat mcd lah. senak perut aku. semua nak di doublekan. siap kene singgah kedai runcit on the way aku ke shah alam semata-mata nak beli eno. nasib tak cirit aje. tetapi yang nyatanya, setiap kali bulan puasa, aku akan teringat kenangan-kenangan dulu yang bolehla dikatakan terindah semasa bulan puasa.

time berbuka, cincau mesti ada. tidak dilupa sirap, soya bean, tebu dan laici. minuman soya campur tu tetiba je ada beberapa tahun lepas. takde le best sangat, buat sakit perut je. kuih yang aku minat, tentunya murtabak. walaupun secara teknikalnya tu bukan kuih, tapi peduli apa aku. aku juga masih teringat yang masa kecik-kecik dulu, aku suka habiskan masa dengan tido. tapi…takde beza jugak le dengan masa sekarang. tido gak sentiasa.

dulu-dulu, waktu petang, mesti duduk depan tv. tengok waktu berbuka. jeles dengan orang borneo sebab dapat berbuka awal. ikut ayahanda ke pasar ramadhan. tolong bonda buat kuih raya. main bunga api. konvoi dengan keluarga, balik kampung…oh kenangan terindah. bila dah tua ni (tua ke?), kebanyakan benda-benda tu dah tak dibuat lagi. jadi bosan. kadangkala teringin, contohnya main bunga api, tapi nanti orang kate buang tebiat pulak.

tapi peduli apa? sempat le juga aku main mercun dan bunga api kat rumah lecturer aku dengan kawan-kawan masa berbuka puasa dengan diorang kat situ. ha ha ha…puas hati aku dapat main mercun bola. tu pun, main betul-betul. takde modify-modify mercun tu nak kasi power ke apa ke. keselamatan tu penting beb. tak moh aku jadi statistik ke hape.

teknologi menjanjikan ketepatan dan kelajuan. ye, memory card henfon aku dah penuh ni. penuh dengan sms raya. bukan le nak kerek atau nak marah atau nak demand lebih. aku tak kesah pun kad raya melalui pos, emel atau yang terkini, sms. tapi aku lebih suka ayat yang di sms tu bunyi ikhlas dari hati. maksudnye guna ayat sendiri le. takde copy paste ayat orang lain. haha…ok la, ok la. i appreciate the gesture. at least korang send jugak sms sampai full inbox.

aku pun dah tak ingat apa lagi yang nak di reminiscent. mungkin sebab kepala aku masih blur. jap lagi nak keluar, shopping raya last minute. aku baru teringat yang aku tak beli lagi seluar dengan baju. baju melayu, sampin semua dah ada. dah siap gosok lagi. keh keh…

okeh, tu je. sekian, salam aidilfitri dari aku di land of the pearl of the orient.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *