tikam menikam

masa aku buat mesyuarat dengan business partner, kiterang membangkitkan satu isu nih. isu tikaman dari belakang. citenye camni. dulu aku dan rakan-rakan aku ada buat joint venture dengan satu kumpulan ni. bergabung untuk wujudkan satu fungsi baru yang berkaitan dengan internet neh. agak famous la jugak kumpulan nih. seantaro malaya la kiranya. secara spesifik, famous kerana portal laman web mereka.

disebabkan diorang sendiri yang mintak ally dengan group aku, rasa seronok lah. kalau nak bandingkan, macam langit dan bumi tapi diorang terima dengan seadanya. aku ingat panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. satu hari tu, kumpulan popular tu keluar dari bulatan group aku. aku pun bertanyalah kat ketua diorang. kenapa, etc. katanya tengah nak eksperimen sesuatu. nanti dalam beberapa hari diorang masuk le balik.

aku pun bersabar tunggu. sekali dah satu bulan tak dengar cerita. rupa-rupanya diorang dah wujudkan fungsi baru yang sama dengan kitaorang. huh, terasa hati sungguh. diorang dah curik resources, idea, etc. pastu keluar macam tu sahaja. bagitau pun tidak. rasa sedih pun ada, bangsa sendiri tikam sama sendiri tapi apa boleh buat? dah nasib badan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *