nature

seperti yang dikatakan semalam, aku pergi menoreh. ah, aku tipu korang je sebenarnya. pagi tadi aku pegi carik buluh kat empangan. gile payah benar. banyak orang dah sapu buat lemang time raya haritu. nasib baik terjumpa saki baki. ada la harapan. ada la jugak torehan kat situ. bebudak aku tak berapa reti cari buluh. nasib baik aku teringat kat empangan ada. kalau tak meraban cari kat kemensah tu. cari-cari kang, tak pepasal kene tembak dengan shot gun.

bila dah tengok empangan, aku ternampak sungai. bila ternampak sungai, terasa cam nak terjun mandi je. oh…gile sejuk air dia. memang tak boleh bla. memandangkan aku ada hal lain dan juga disebabkan dalam poket ada kunci kereta dengan wallet, aku tangguhkan dulu rancangan. mungkin esok dan-dan je aku turun empangan pergi mandi, mana le tahu kan.

harini tempat aku ada open house raya. aku pun kurang faham. raya dah lama habis, tetiba pulak nak buat open house raya. tu pasal la aku pergi cari buluh. nak buat perhiasan lemang, meriam buluh dan pelita. tapi takpe, dapat la jugak aku bergaya dengan baju raya. btw, team aku buat internal design. overall? orait ah. takde la sukses sangat, tapi ada la sukses juge. keje duk ambik gambar aje sana sini. menolongnye sikit je.

gembira? ada la sikit sebab 1/100 permintaan aku dah tercapai. ha ha ha ha ha…

btw adzly, kata nak merialisasikan impian? apa cer tadi nak jump start lu tak mau?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *