diam ubi

watsup. yep, takde update, aku tahu. tapi nak buat camne? aku busy gile. sekarang ni aku ada 3 projek yang perlu disiapkan dalam masa terdekat. kiranya bawah mata aku ni dah hitam dah. takpe, nanti aku cari krim fair and lovely. “sesuai tak?”. lol.

dua minggu lepas aku buat kerja gila sikit. aku pergi port dickson. sorang-sorang. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku dah bosan nak mampos duk kat bandar ni. ataupun aku nak rehatkan jiwa. ha ha ha…gile jiwang. tapi takpe, janji aku enjoy.

dalam minggu-minggu terdekat ni jugak, aku ada kenal beberapa orang yang menarik. cerita dia ada tapi aku tak tulis kat sini. aku mengarang kat blog aku yang satu lagi. sebab nature blog tu 18PL, aku tak publish le address dia kat sini. nak tahu, google sampai dapat. yahuu!

bosan gak ni sebab line slow nak mampos. mengikut berita, international fibre optic line rosak sebab gempa bumi kat taiwan. 2 minggu nak tunggu dia elok, ok? lama tu, nak torrent pun dah pening kepala ni. tmfak cam biasa la, utamakan customer yang bayar duit ‘banyak’. okeh la bebeh-bebeh sekalian. nanti gua update lagi.

One thought on “diam ubi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *