kandid sentiasa

aku tak gheti ambik gambar ni. tapi aku saja-saja buat reti. kononnye. aku tak tahu apa itu exposure, iso, zoom, dimension, aperture, shutter speed, etc. etc. hohoh, gile. tapi, walaupun aku tak gheti, aku belajar sendiri. tengok internet atau baca buku. sekali sekala, ayahanda aku tolong ajarkan. dia memang hussler bab fotografi ni tapi aku berat mulut nak tanya.

hobi ke tuh? aah, fotografi ni memang dah jadi hobi. walaupun ada, tapi aku kurang suka berfotografi dengan senjata slr. asyik-asyik dengan kamera murah aku. entahle. senang sumbat dalam poket agaknya. ah, feature dah nak dekat sama dengan slr. boleh edit dengan photoshop walaupun aku nih jahil photoshop. tengok aje le flickr atau galeri aku tuh.

persetankan.com ada buat tema fotografi. dah tema ke 18 rupanya. aku ketinggalan. tapi takpe, aku join tema ke 18. kandid. best ke aku? tengok je lah kat situ kalau ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *