sejuk

gi mana aku? ah, aku ke kuantan (the o.c versi malaya. huh) minggu lepas. ada kenduri tahlil. memandangkan aku termasuk dalam golongan sepupu utama (main character lah tu. ceh!), aku perlu hadir. selain dari itu, aku perlu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang 2nd commander. oleh itu, opsyen yang ada disini adalah “ya”, “baik” dan “ok” walaupun pada hakikatnya, aku ada sedikit hal yang perlu diselesaikan di kuala lumpur. ah, tak apalah. itu boleh tunggu.

di sana ada gerai cendol/abc yang aku gemar. acapkali ke kuantan, gerai itu harus dikunjungi. cendol, abc dan rojak mee. sedap. memang layan.

apa lagi? buat masa ini, tidak ada. hanya sibuk dengan kerja, appointment, ceramah dan meeting. jika diikutkan hati, mahu sahaja aku tidur, tapi, apa gunanya badan yang sihat jika tidak digunakan. betul?

2 thoughts on “sejuk

  1. tumpang tanye…di mane kah gerai cendol/abc yg mcm best je ni? nak try la, serius ni…tq

  2. lol.

    cari stesen minyak shell belah kanan on the way ke teluk cempedak. gerai dia sebelah shell tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *