membazir

tuu…nampak apa benda kat atas tu? itulah dia ddr-ram kelas ecc (error correcting code) yang perlu aku sumbatkan kat server website nih di myloca cyberjaya ulu sana tuh. mengikut hieraki dalam perkakasan perkomputeran, ecc ram adalah yang paling mantap dari segi penghantaran data kerna ia mampu membetulkan kesalahan dan kecelaan di dalam data yang kadang-kala berpunca dari sinaran kosmik mahupun sinar kalimantang. dengan adanya ecc tersebut, kesalahan data dapat dieliminasi (tak semua) dan menjadikan integriti data lebih mesra, cepat dan betul. wow. ah, gi baca kat gugel kalau nak tau lebey. oh, ecc tersebut telah dibelikan oleh seorang kawan.

dah le penat baru habis kerja, lapar lagi, pastu kena travel ke ulu cyberjaya sana nun sebab nak memasang benda ni. but it’s ok, demi kesejahteraan menatang tu kat sana. sian dia duduk sorang-sorang kat myloca tuh. dah le sejuk. sampai aku kat sana, dah lepak-lepak, ambik angin air-cond kutub utara yang sejuk nak mampos tuh, ada satu problem. menatang ecc tu tak muat dengan motherboard. ah, sial. sungguh sial. dengan menggunakan cara penyelidikan csi miami, aku dapat mengkongklusikan bahawasanya ram ecc tersebut adalah ddr1 dimana ddr1 tidak ngam dengan motherboard ddr2. sapa yang jual nih? ish…nak kena babap nih. eee…biasa dia nih. cuma, kelukaan aku terbuat 0.300067% kerna berjaya mengapgred server tersebut menjadi dual-core.

hanjeng sungguh. membazir uwang dan masa aku je. (sapa nak beli ram tersebut? 1gb you…jual murah ni…)

apdet: sile lihat posting lelong shayyep di sinih

One thought on “membazir

  1. oiii….cyber tak ulu woiiii….
    hayam tul… tiap2 hari aku pegi kat sana… teknologi tuhh.. hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *