selamat hari ahad

rutin aku tetiap ahad, jogging. sambil jogging, sambil ushar awek yang jogging pakai t-shirt putih dan berpeluh. yeehaaa…sexy sexy. tapi ahad kali ni spesel sikit. aku tidur. sempat gak le layan melodi kul 12:30. pastu sambung tido. yahuu…bukan sebab malas ke hape, tapi malam sebelumnya aku balik pukul 6 suku pagi. gile ah ding dong enjoy sakan sampai tak ingat duniaaa…tu yang kiok tuh.

bila dah pening kepala, aku bangun le. petang-petang hari, aku ke sungei wang dengan teman. layan teppanyaki. lama seh tak makan natang ni. ada dekat 2 tahun lepas kut? dah macam beruk pulak. nasib baik tak ramai masa tuh. tapi, walaupun aku ni old-skool, aku masih lagi boleh dengan selambanya dawgnya skill makan nasik guna chop-stick (gile berlagak). jadi shin chan la kejap.

sambil jalan-jalan kat situ, aku terpandang model-model baru telefon. ah, tangan ni dah gatal pulak dahh nak beli henset baru. dah ada dua tiga model yang aku berkenan tadi. ah sudahh…itu nak beli, ini nak beli. but it’s okay. tengok camne nanti.

dah, nak tido ni. sok keje. mapuh kalau bangun lewat kang. |-|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *