tinggi

lama aku tak updet. tapi, then again, nak update apa? buat post kosong atau post gambar emo? lol. eniwei, sebelum mula, saya nak ucap hepi hari ibu buat semua ibu-ibu di luar sana. buat bonda kesayanganku, maaf anakanda tidak dapat selebret bersama bonda tahun ini kerna anakanda sibuk di bandaraya ini. juga maaf jika ada apa-apa kesalahan anakanda sebelum ini. kalau anakanda balik kampung nanti, belanja makan itu memang sudah pasti.

aku jarang nak cerita pasal kerja. takdelah aku ni berlagak ke hape, tapi baik adanya aku citer pasal benda lain dulu. benda kerja, biasanya dicerita dengan office mate waktu kerja sahaja. kalau kat luar dah kira overtime. boleh buat claim woh. he he he. jadi, sebab nak memenuhkan entry dalam databes, disamping aku bosan, tulis ajee. citer sikit-sikit ajelah takpe kan?

aku kerje kat area sekitar bandaraya kuala lumpur. area klcc sana nun. awek cun pun ramai, nak shopping dekat. aku tak drive kete aku ke sana kerna tak mao bazir minyak lalu menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan menyebabkan kesan rumah hijau. jadi, aku naik kereta aku yang satu lagi tuh. pakai letrik. murah. tempat kerje tu kat tingkat 30. tinggi seh. pandang bawah nampak macam semut je.

kerje aku ada berkaitan dengan huruf, nombor, pemalar dan unsur yang tak pasti. kadang-kala, ada berkaitan dengan besi, plastik, silikon dan ingatan volatile. menu makan tengahari aku hampir sama setiap hari. tapi yang pastinya, kalau ada lauk sayur lemak labu, itu yang pertama aku sapu. ofismate aku baik-baik orangnya. tapi setakat ni tak pernah belanja aku lagi. boss aku? ok lah. banyak cakap dan lawak dia tak pernah habis. aku rasa dia dapat signal dari menara lawak.

waktu habis kerja, kalau berkesempatan, aku akan pow adik aku belanja starbucks. memandangkan dia pun boleh dapat free, tidak salah jika ditawarkan kepada aku. tetapi biasanya aku akan kembali ke rumah lalu berehat dan bersedia untuk mengulangi aktiviti rutin diatas pada keesokan harinya.

sekian karangan saya pada hari ini. terima kaseh.

One thought on “tinggi

  1. karangan yg baik. Cikgu akan bagi A+ :P

    ayah pon keja kat klcc…but higher, 68 floor. Naik lrt je gi sana, leceh bawa keta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *