hari isnin tiada apa yang special bagi aku. hari tu berjalan dengan biasa kecuali, hari tu adalah permulaan cuti sekolah. ah, memangle jalan tak jam. tapi, bila aku nak balik rumah, ya ampun…penuh gile babi. ditambah dengan hujan renyai. jadi aku balik dengan kawan aku.
selasa, aku ingat, hari ni sama seperti minggu lepas. meleset. kegagalan putra lrt berfungsi menyebabkan aku terlambat hampir 30 minit. kemudian ditambah dengan orang nak ke klcc. ah, nasib baik sistem tiket tak mampos. kalau tak mampos le. aku ingatkan rapidkl ni dah belajar dari kesilapan. tapi, huh. sampai bila-bila pun tak aaah.
rabu. aku keluar lunch kat klcc. adeh…nak jalan pun susah. apatah lagi nak pegi makan. ramai ya’amat. penuh berlari anak-anak kecil sama ada dengan ibu bapa atau dengan rombongan. tapi, siapalah aku untuk komplen. minggu cuti sekolah. cume diharapkan the government memperbaiki sistem pengangkutan awam, kasi efektif. dulu kate nak naik harga minyak, harga tol untuk semua ni. dah setahon kut. mananye? sial.
ah. nampaknya dua minggu le aku camni.