wireless on ubuntu

hooraay…akhirnya aku berjaya wireless pakai ubuntu nih. masa first install kat laptop, aku dah pening kepala dia tak nak detect wireless card broadcom nih. alter punye alter, lasy-last sangkut. disebabkan aku dah bosan, aku pun tinggal gitu aje. nak wireless, aku guna windows. kalau pakai ubuntu, cucuk kat LAN.

satu hari tuh, aku tanya-tanya lah kat forum pasal wireless ni. memandangkan auto update ubuntu dah upgrade version dia ke 7.04, networkadapter applet secara automatiknya diinstall. godek sikit (install driver broadcom), terus boleh pakai wireless nih. he he he…

lepas ni aku nak cari cafe yang ada wireless. pastu nak pakai ubuntu. gempak sikit kut? keh keh keh…tak baik sungguh aku ini… :evil:

p/s: aku dah try wireless kat starbucks hari tu. oh, sungguh bergaya sekali aku ketika itu. masing-masing tertanya-tanya gerangan siapakah itu. ha ha ha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *