jam tangan

pembaziran adalah sesuatu yang perlu kita jauhi. semua orang termasuk jauhari yang mengenali manikam. dari membazir, baik korang belanja aku. tapi akulah kalau bab membeli ni, aku akan make sure untuk tidak melebey-lebey. beli apa yang patut aje sudaaa…jangan menyemakkan bilik aku untuk letak benda-benda yang mengarut. bukan le nak kata aku ni kedekut (kekadang, ok?), tapi bagi aku, dari aku beli benda yang tak guna, baik aku simpan buat nak pegi haji nanti. lebey afdal gitu.

tapi, lain pula masa dan ketikanya kalau aku dapat bargain yang best. harge yang berpatutan dan nak pulak ketika tu aku memang nak beli benda tu. memang aku sapu la dulu sebelum orang lain sapu. rugi eh jang. oleh sebab itu, disebabkan aku dapat bargain yang ngam best untuk jam seperti di gambarajah diatas, aku pun korek-korek wallet untuk bayar benda tu. lawa tak jam tersebut? berkilat bukan? jangan jeles ok?

untuk sapa tu? itu adalah untuk aku dan kamu

p/s: yes, i know i made a mistake…sorry…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *