mistik

agak pelik, tapi aku dah selalu alami perkara macam ini. kenapa ia berlaku waktu tengahari, aku pun kurang pasti. tidak dapat aku jelaskan kenapa. tapi, aku berusaha untuk gagahkan diri menghadapai perkata-perkata macamni.

benda tersebut muncul kat depan aku tanpa disedari. sebesar beberapa genggam tangan. berwarna putih dan berasap seperti kemenyan yang baru dibakar. baunya, huh, tak usah cakaplap. harum semerbak. aku tidak gentar. aku masih ingat ajaran-ajaran aku dahulu. selesai dengan itu, aku dipertemukan pula dengan pelbagai lapisan yang berwarna warni. merah, kuning, hijau, putih, oren, coklat dan bermacam-macam lagi. semuanya melompat ke arah aku. juga berbau harum. ah, aku tidak cuak. tidak sekali-kali.

aku cuba berjalan ke arah berlainan untuk mengelak lapisan-lapisan tersebut. aku tidak mahu terperangkap dalam benda-benda tersebut. tiba-tiba…

“dik, empat hengget lima posen ye. ais kosong ambik sendiri kat kaunter tu.”

oh, aku kat gerai makan rupanya. tengah ambik nasik dengan lauk nasik campur untuk lunch. heh.

4 thoughts on “mistik

  1. hahaha..
    lawak2.

    huuuuhuhu..
    Hampeh wat org takot jer.
    adeh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *