tak padan

tiba-tiba hari ni aku berdisiplin dan datang awal. sebab aku datang awal, kena tolong open lah. tapi awal-awal pun, aku masih tak sempat nak beli nasik lemak makcik kat depan mni towers tu. asyik sold out je. mungkin aku kena rezeb awal-awal kut ataupun call makcik tu dulu. lol. anyway, agak bosan hari ni sebab semalam tugas aku dah selesai. hari ni aku cuma kena buat benda-benda minor je macam setting atau kerja admin. aku tak kisah kalau boring ni sebab aku boleh lepak-lepak tengok burung terbang kat luar, tengok awan ataupun main chatting. heh heh.

sambil lepak-lepak layan chatting dan layan forum, aku terperasan satu benda. suke benar orang dengan nick baby. ada yang letak baby_comel ada yang letak baby_cool dan bermacam-macam baby lagi. kadang-kadang menyampah le jugak aku tengok. bukanle aku nak kondem, tapi lepas tengok muke mereka yang menggelarkan diri ‘baby’ tuh, adeh…takpe lah kan. patut masa pilih nama tu harus berdasarkan usia.

well, tapi, aku agak, setiap orang ada citarasa masing-masing. tapi, antara citarasa dengan perasan lain tau. he he. no hard feelings.

2 thoughts on “tak padan

  1. aku slalu pakai nick ayang_ngah… kire tak geli lagi kan? hahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *