Press "Enter" to skip to content

Month: July 2007

musim buah

huu…banyaknya. penuh kaunter dapur aku. dah boleh bukak kedai dah ni. adeh, ada la dekat dua kali aku sakit perut makan buah-buah ni. tapi takpe, aku tak kisah. lagipun, takkan aku nak buang. membazir dow. rezeki ni. anyway, inile hasilnya dari kebun yang aku pergi dengan teman semalam. ada durian, ada rambutan, ada nangka, ada pulasan, ada manggis. tapi teman tak suka dengan joke buah ku-ini aku, ha ha ha. pastu mak bapak teman baru balik dari terengganu. diorang pun ada bawak supply buah-buah dari sana. tambah lagi koleksi aku. sarapan buah le aku sok.

sapa nak makan buah? datang la rumah aku.

6 Comments

dwi bahasa

diikutkan, aku ada meeting hari sabtu pagi, tapi…aku tak pergi. malas ahhh…baik aku tido dan sememangnya aku tak pergi pun. aku tido sampai pukul 9 pagi. nyeh heh heh. cuma dalam keadaan sedar dan tidak, aku teringat nak kena pegi claim sesuatu kat seseorang.

petangnya pulak, aku dengan teman nak ke kebun. ya ha ha. mulanya ingat nak pegi makan mi udang, sekali sold out plak. laksa buyung last kopek pun jadi ler. habis makan, singgah ke kebun, makan buah. kire cam desert la gitu. ada la sampai muak aku makan durian dengan rambutan ni.

Leave a Comment

empat

hmm…aku baru je balik dari tengok citer mati keras, edisi keempat dengan teman. citer tamat kul satu lebih. pastu esok nak keje. ah ye, memang bagus. btw, saja baru tengok sekarang. lagipun aku ada season pass lebih. nak kasi habiskan tiket free. rugi nanti. kali ni, kiterang cari panggung yang belum pernah pegi. tukar angin sikit.

pendapat aku? bolehlaa…takde la syok gile babi sampai muntah hijau ke hape. jalan citer original dan agak ok. cgi bersepah-sepah (dah mestinya). aksi boleh tahan, tapi takde nudity dan bab yang kurang logik tu memang banyak. tapi apa penuntun pedulik. citer omputeh, semuanya tidak mustahil. cuma pada edisi keempat ni, dia takde kesinambungan sangat dengan edisi-edisi sebelumnya. so, kalau tak tengok citer sebelum pun takpe. masih boleh paham.

kalau nak ikutkan, aku layan citer ni masa kecik-kecik dulu dari edisi satu sampai tiga dan kemudian empat ni, aku lebih suka 3. side-kick dia samuel l jackson. bruce dengan mamat nih memang otai skrin. memang best. mencarut tak berenti-renti sampai habis citer. lagipun no. 3, cgi dia tak banyak. nampak old skool. sebab tu aku ada simpan trilogi citer ni. bosan-bosan boleh layan.

selain tu, aku ada gak gi tengok citer harry potter tuh. tapi malas nak citer pendapat sebab tak best langsung. banyak sangat bercakap kut. okeh. dah, tido-tido. bangun lambat kang sesia je.

2 Comments

enjin baru

nyeh. tu dia, rm1300. evo 4g13 i4 tuh. ha ha ha. actually, tak tukar pun. aku cuma bawak pegi overhaul je. tukar itu ini. sekarang dia dah laju sikit.

aku turun le sungei wang hari sabtu, sebab nak cari housing handset dengan bateri. tanya beberapa kedai, kebanyakannya margin harga lebih kurang je. tapi ada satu kedai lain sikit. mamat yang menjual tu cakap suruh aku beli henset baru aje la daripada tukar housing sebab harga lebih kurang sama. aku tanyalah, henset macamana. dia pegi tunjuk satu model second hand. mangkuk ko lah. sama ajelah kalau macam tu bodoh. kalau aku tukar housing, aku dapat telefon aku. ni, ko nak tipu aku dengan telefon second hand ko tu. bodoh. bangang. bahlul. monyet :(|) kelabu asap.

anyways, aku dah lupa apa yang aku buat hujung minggu. yang aku ingat, hadir satu perjumpaan dengan forumer kat p.j, pastu pegi kenduri kahwin member teman. oh, dengan sesi belajar fotografi kat bukit hulu langat. view lawa weh kat situ.

Leave a Comment

tak diajar

nyeh, nyeh. aku cuti semalam. cuti berbayar tahu. he he he. tapi dapat rilek sekejap je sebab ada kerja lain.

memule aku pergi setelkan hal bank aku. problem plak. pastu petang gi jumpe teman. memula aku gi teman dia kat shah alam sebab dia ada hal kat situ. pastu dia teman aku ke kelang pulak sebab aku ada hal kat situ. kalau ada masa, ingat nak pegi makan ikan bakar. tapi tak sempat sebab kiterang nak pergi fitness first kat seksyen 13. sekali sekala senaman. bagus ape? heh.

habis semua hal, kiterang gi jalan putrajaya. saja buang masa kat situ. masa tengah lepak kat dataran putrajaya, aku perasan satu aje la. guard-guard kat situ bodoh-bodoh belaka. memang, tempat tu close pukul 12 tengah malam. tapi adeke pergi halau orang-orang yang datang melawat, tourist-tourist kat situ dengan wisel dan laser pointer. ape ingat kambing ke orang-orang tu? ada family datang dari jauh, lepak-lepak. bukan semua tahu tempat tu close tengah malam. tak boleh ke buat announcement pakai loud-hailer ataupun cakap baik-baik. aku tengok dari jauh ingat nak belasah aje si-bodoh tu semua dengan besi lock stereng ni. ish. ni la dia masyarakat pak lah. kurang ajar. takde otak.

abis kat situ, malam sebelumnya, aku lepak dengan teman lagi. dia kasi aku hadiah kemeja. he he he…lawa gile. sayang pulak aku nak bukak dari plastik. lepas tu, kiterang pegi makan sizzling steak kat kampung pandan. aku panas satu aje la kat situ. dia punye makcik yang amik order tuh nak insist aku bayar tepat, kononnya tak nak amik duit baki kat dalam. hek eleh. suka hati aku le nak bayar berapa ringgit pun. kalau harga rm12 tapi aku ada rm50 je, pegi la cari duit baki. pemalas macam babi. ni duk ushar-ushar wallet aku nak tengok duit aku. sial. hish.

sori ye, teremo plak. dah, nak tido.

Leave a Comment

exploding

poww…adeh…

gile khinzir sungguh. aku pening kepala tak hilang-hilang dari pagi sampai la bawak ke malam ni. rasa macam nak meletup kepala. memang tak best. dah la aircond harini macam suasana kutub utara. seb baik ada jaket. walaupun aku dah pow habis-habisan penedol activ-fast (terpaksa) dengan boss aku tadi, tapi sakit masih tak hilang. takkan la sebab high blood kut? tipu la..sebab tu yang aku tak suka penedol ni. takde power. mungkin demerol lagi bagus untuk aku. ataupun hash brownies. lama gile syal aku tak buat hash brownies. rindu plak. he he he…

harini aku ada janji nak lunch dengan member lama. terpaksa tunda sebab sakit kepala dan aku nak jalan tak larat. jadi aku makan kat meja je hari ni. sori la beb. ko tunggu la subway tu ye. he he. tadi masa aku jalan-jalan ke cyberjaya, aku dengar radio era. dj yang bertugas tu buat lawak tapi tak kelakar. bodoh la ko. dia tanya teka teki kat pemanggil. ikan apa yang takde mata, mulut, insang dan ekor. pemanggil tu jawable fish stick. dj kata salah dan cakap jawapan dia fish ball. hek eleh. lebih kurang la jawapan tu bodooo. gi mati ah dj tu. ahh…tensen.

dah, malas nak merapu. kang lagi pening. aku nak makan puding sambil tidur sambil tengok arrested development yang baru siap download tadi. daa…

2 Comments

quarter century

surviving the quarter.

nyeh. strawberry. teman belikan. tapi bukan dengan ceklat. kite tamao ikut macam itu siti nur. dia saks. tapi eniwei, harini memang busy. dari pagi sampai le ke malam. satay lah, ayam lah, mee lah. fuh. layan. tenkiu lah bagi sesapa yang hadir tadi. amat di appreciate. kali ini agak berlainan dari tahun sebelumnya. semalam aku spend time dengan teman. ikut dia ke open day. panas gilos. lupa bawak topi. pastu aku gi beli bende untuk diri sendiri. bende tersebut ialah…seluar. kemudian aku tido. suku. walaupun bunyi tua, tapi aku masih muda diluar dan didalam. jangan risau k?

oh ye lupa. hepi besdei kat sophia bush. tadi time kasih la call i. lupa nak kasi present.

4 Comments

jauh

aku kena gi kelang semalam, ambik barang aku kat satu kompeni international nih. disebabkan aku hany boleh gerak ke sana dalam pukul 6:30 petang, boss diorang kata tak kisah dan boleh tunggu aku. ok lah kan? sesampainya aku kat sana, dan-dan diorang dah balik. tinggal pekerja-pekerja bawahan dia aje. so, aku tak boleh ambik barang aku. huk aler, sial punye kompeni. punye la aku penat-penat drive, dengan traffic jam lagi, dia sesuka hati boleh blah? tak ble tunggu, watpe janji? sial. bodoh. hish.

tapi memandangkan aku kat sana, member aku pulak tarik aku ke tempat dia. nak mintak tolong setupkan router cisco series 2800. dia kata tak boleh connect ke internet. haish. aku belajar dulu model zaman batu. pening, pening. nasib baik le aku dapat buat dengan yakin dan jaya. rtfm la brader. esoknya dia kata, setting internet diorang lebih laju daripada biasa. oh, ye ke? ok. he he he…

perasan gambar diatas? lawa tak jam windows aku? he he he…jangan jeles ok. kalau nak, donlot sendiri kat sini. kalau malas, search lclock.

2 Comments

job prediction

lol. adeke nursery teacher? ceh. btw, just for fun, korang try le job predictor generator nih. dibuat dalam bentuk microsoft excel. jangan amik serius pulak. untuk lawak-lawak je tuh.

ambik kat sini: lihat file ini (lebih hebat jika dilihat menggunakan internet explorer).

3 Comments

bertukar betuk

aah…semalam aku ada free time. jadi, aku pun ajak teman pegi bandar utama untuk pegi tengok citer trensformer (gambar diatas). aku tunggu lama sikit untuk tengok citer ni sebab nak kasi crowd susut dulu. nak tengok awal-awal, mampus tak dapat seat best. lagipun, cerita ni ‘wet dream’ setiap penggemar model aksi trensformer. sudah tentu memasing tanak lepas tengok.

pendapat aku? uh…boleh la. nampak gaya kat ending dia nak ada sambungan. sambung le bape banyak pun, mesti ada orang pegi tengok punya. michael bay memang suke menggempakkan citer dia. anyway, lakonan budak dari siri even stevens tu ok. lawak dia masih ada. tengok pulak lepas ni dia berlakon citer indiana jones camne.

dah. tu je kut. sakit perut aku masih jelas. mungkin sebab makan teppanyaki semalam.

Leave a Comment